18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan walaupun di pasaran meluas menunjukkan bahawa minat belian terpilih kekal kukuh.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan skim Pembuatan Pintar untuk memudah cara akses modal yang lebih luas, menyokong pertumbuhan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat peringkat pertengahan (MTC) dalam sektor-sektor strategik.
18hari ago
KUCHING, 21 Julai (Bernama) -- Vendor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Sarawak memperoleh kontrak bernilai RM49.31 bilion dalam tempoh 2014 hingga Mac tahun ini, sekali gus mencerminkan daya saing syarikat tempatan yang semakin kukuh dalam sektor tenaga.
18hari ago
PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang memperincikan cadangan kerangka perundangan bagi membendung amalan ‘rent-seeking’ atau konsep ‘Ali Baba,’ termasuk menilai keperluan penggubalan undang-undang baharu atau menambah baik peruntukan sedia ada.
18hari ago
Oleh Anis Nabilla Md Wazilah
KUANTAN, 21 Julai (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diunjurkan menjana sumbangan nilai tambah terkumpul sebanyak RM80 hingga RM90 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2047.
18hari ago
BANGKOK, 21 Julai (Bernama) -- Hyrax Oil Sdn Bhd memeterai beberapa perjanjian pada Selasa untuk mengembangkan produk cecair transformer ester Hyrax Estamol keluarannya ke pasaran Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pengguna Malaysia semakin meluas bagi membantu urusan membeli-belah, namun tahap keyakinan terhadap teknologi itu untuk melaksanakan transaksi secara automatik masih rendah, menurut tinjauan yang diterbitkan platform teknologi kewangan (fintech), Adyen.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah, menjejaki prestasi Wall Street menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.
18hari ago
GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) – Biro Konvensyen & Pameran Pulau Pinang (PCEB) hari ini memeterai perkongsian strategik dengan enam institusi pengajian tinggi bagi memperkukuh penyaluran bakat bagi industri acara perniagaan di Malaysia.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada pada kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh berbanding prestasi 2018 hasil usaha pemulihan berterusan dan penstrukturan semula.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia dinobatkan sebagai Bank Terbaik bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia untuk kategori antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia 2026, sekali gus merekodkan kemenangan bagi tiga tahun berturut-turut.
18hari ago
KEMAMAN, 21 Julai (Bernama) -- EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) khususnya pembinaan jajaran ke Pelabuhan Kemaman di sini akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.