Terdapat 887 berita berdasarkan kata kunci carian " e"

Malaysia Airlines Perluas Rangkaian Dengan Laluan Baharu Ke Shenzhen, Changsha

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) memperluas rangkaiannya di China dengan melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dan Changsha, sekali gus menjadikan jumlah destinasi penerbangan syarikat itu ke China kepada sembilan.

Pelaksanaan AI Yang Bertanggungjawab Penting Demi Masa Depan Tenaga Kerja Perbankan Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia sedang mengatur kedudukannya secara strategik untuk memperkukuh penerajuan dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab.

Bon Malaysia Jadi Pilihan Pelabur Asing, Catat Aliran Masuk RM4.9 Bilion Pada Jun - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran bon Malaysia pada Jun, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 bilion berbanding aliran keluar bersih RM4.3 bilion pada Mei, disokong oleh ketegangan geopolitik yang mereda dan keyakinan berterusan terhadap asas ekonomi negara.

PM Anutin Optimis Sasaran Dagangan US$30 Bilion Thailand-Malaysia Dicapai Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Thailand yakin sasaran dagangan dua hala dengan Malaysia yang bernilai US$30 bilion (US$1=RM4.073), dapat dicapai menjelang tahun depan, kata Perdana Menteri Anutin Charnvirakul.

Bank Negara Malaysia Kekalkan Kadar Dasar Semalaman Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh ketujuh berturut-turut, pada Khamis.

MATRADE Pelawa Syarikat Tempatan Sertai Program Padanan Perniagaan MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat tempatan mendaftar bagi menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Ke-22 2026.

SRKK AI Sasar Operasi Di Indonesia Sumbang Hasil Dalam Tempoh Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penyedia penyelesaian transformasi digital SRKK AI Bhd menjangkakan pengembangannya ke Indonesia akan mula memberi sumbangan penting kepada perolehan kumpulan dalam tempoh tiga tahun susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Ketidaktentuan Di Asia Barat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat telah menjejaskan sentimen pelabur.

Bank Di Malaysia, DFI Giat Guna AI, Kekal Berhati-hati Laksana Keputusan Penting - Laporan AICB

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank-bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) di Malaysia sedang aktif menggunakan kecerdasan buatan (AI) namun kebanyakannya masih mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan terutamanya bagi perniagaan yang berimpak tinggi.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Selepas Minit Mesyuarat Fed Jejas Unit Negara Maju

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS menyusut selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.

Malaysia Sasar xEV Kuasai 20 Peratus Jualan Kenderaan Baharu Menjelang 2030 - MITI

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan jualan kenderaan elektrifikasi (xEV) sebanyak 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu menjelang 2030, kemudian naik kepada 50 peratus pada 2040 dan 80 peratus pada 2050.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Harga Minyak Mentah Mengukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan harga minyak mentah berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.