| BERITA TERKINI | Industri seni tidak terurus satu tragedi, tekan kehidupan seniman - PM Anwar | Seni dan budaya bukan alat propaganda picisan dan murahan - PM Anwar | Acuan Timur perlu kekalkan akhlak, bukan neokonservatif - PM Anwar | Negara yang ingin maju harus terima kenyataan generasi muda mahu suasana yang lebih bebas, terbuka - PM Anwar | Jerebu rentas sempadan: Kerajaan hargai Indonesia benarkan rentas ruang udara bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan - Arthur | |
Terdapat 615 berita berdasarkan kata kunci carian " terma"
Bursa Malaysia Terus Kukuh Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada dagangan tengah hari, dipacu saham wajaran tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.
Saham MRCB Meningkat Pada Awal Dagangan Didorong Potensi Limpahan Projek LRT3
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang semakin baik, menjejaki prestasi Wall Street yang sebahagian besarnya positif pada Jumaat lepas.
Malaysia, Laos Perkukuh Kerjasama Perdagangan, Pelaburan, Ketersambungan
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Laos menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta mempererat perkongsian serantau dengan memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan ketersambungan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Pekebun Kecil Sawit Johor Ubah Bantuan RM15,000 Kepada RM126,000
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Bantuan kerajaan sebanyak RM15,000 yang disalurkan kepada pekebun kecil sawit di Batu Pahat, Johor berjaya menghasilkan pulangan kasar hampir RM126,000 dalam tempoh kurang tiga tahun melalui projek Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) melibatkan penternakan itik penelur.
Agrobank Optimis Sektor Agromakanan Mampu Harungi Cabaran Global
Oleh Norhayati Mohd Akhir
PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Agrobank kekal optimis terhadap daya tahan sektor agromakanan negara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan global.
Agrobank Terima Permohonan Pembiayaan Lebih RM8 Juta Menerusi Sesi Libat Urus Penjaja
KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) -- Agrobank menerima permohonan pembiayaan melebihi RM8 juta menerusi siri sesi libat urus bersama penjaja dan usahawan mikro setakat ini, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap pendekatan turun padang bank itu dalam memperluas akses kewangan kepada peniaga kecil.
FMM Gesa Pendekatan Seimbang AS Terhadap Cadangan Tindakan Tarif Seksyen 301
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mengguna pakai pendekatan seimbang terhadap cadangan tindakan tarif Seksyen 301 ke atas import yang dikaitkan dengan buruh paksa, sambil memberi amaran bahawa pengenaan duti secara menyeluruh boleh menjejaskan pengeluar Malaysia yang mematuhi peraturan serta mengganggu rantaian bekalan sedia ada.
Tomei Gesa Pengecualian Duti Import Jongkong Emas Tempa
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd berharap kerajaan dapat mengecualikan jongkong emas tempa import daripada duti import 10 peratus bagi memastikan pelaburan emas kekal mampu dimiliki rakyat.
Bursa Malaysia Dijangka Catat Aliran Meningkat, Sasar Paras 1,700 Minggu Depan
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka meneruskan peningkatan dan menguji paras psikologi 1,700 mata minggu depan, disokong oleh kenaikan semula lebih tinggi pada Jumaat serta pembelian berterusan oleh pelabur institusi tempatan.
Ringgit Dijangka Diniagakan RM4.05-RM4.07 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat RM4.05 hingga RM4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pasaran berkemungkinan menumpukan perkembangan membabitkan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) serta Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).