16hari ago
GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Industri perlu mempertingkat produktiviti, mengoptimumkan penggunaan tenaga dan memperkukuh kebolehpercayaan operasi, selain mempercepat agenda kelestarian bagi memastikan daya saing kekal kukuh dalam persekitaran kos yang meningkat serta perubahan teknologi yang pesat.
16hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup lebih tinggi hari ini, dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencapai paras tertinggi baharu untuk 2026 dan paras tertinggi sejak 15 Februari 2017, disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines secara berperingkat menyambung semula penerbangan dari dan ke Jakarta susulan penyambungan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai perjanjian jual beli saham (SPA) tanpa syarat dengan Ageas Insurance International NV yang berpangkalan di Belgium bagi mengambil alih baki 30.95 peratus kepentingan ekuiti dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) bernilai RM4.83 bilion.
16hari ago
PETALING JAYA, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia menjangkakan kira-kira sembilan gigawatt (GW) kapasiti kuasa gas akan digunakan menjelang 2032, bagi menampung permintaan elektrik yang semakin meningkat di samping menamatkan penjanaan arang batu secara berperingkat.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dan sentimen terhadap aset berisiko yang semakin lemah.
16hari ago
KUANTAN, 8 Sept (Bernama) -- Wilayah Pantai Timur berpotensi besar menjadi hab utama bagi pemerkasaan keterjaminan makanan negara serta peneraju ekonomi hijau menerusi pemanfaatan tenaga boleh baharu (TBB).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- AirAsia menyambung semula penerbangan ke dan dari destinasi yang terjejas akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuhkan peraturan yang mengawal selia pembuatan dan eksport sarung tangan getah bagi menangani lebihan kapasiti industri sambil meningkatkan kebolehjejakan sarung tangan buatan Malaysia.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat tempatan tanpa mengira saiz perlu segera melaksanakan automasi bertujuan memudahkan operasi dan pengeluaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
16hari ago
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti usaha bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.