Terdapat 1019 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi "

Dua Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Melaka Dalam Persiapan Disenarai Di Bursa Malaysia - Ab Rauf

MELAKA, 8 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat berkaitan kerajaan negeri Melaka sedang dalam persiapan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pasaran Getah Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal dalam jajaran kecil pada minggu hadapan berikutan ketidaktentuan geopolitik dan perbincangan tarif yang diperbaharui telah menjejaskan minat belian global.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Sekitar US$4,250 Hingga US$4,350 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan kenaikan pada minggu depan, disokong oleh harga emas semerta yang lebih kukuh dan diunjurkan mencecah antara US$4,250 hingga US$4,350 setiap auns troy selain menjejaki prestasi emas di Bursa Komoditi (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dijangka Kekal Dalam Jajaran 4.07-4.09 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan, diniagakan antara paras RM4.07 dan RM4.09 apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati terhadap hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan pelabur terus menilai perkembangan geopolitik luaran dan keadaan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Pasaran Buruh AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data utama pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Meskipun Ketidaktentuan Global - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik geopolitik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RS-2: Selangor Sasar Pendapatan Median Isi Rumah RM14,500

SHAH ALAM, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan peningkatan pendapatan median isi rumah kepada RM14,500 sebulan serta mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.2 peratus menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

Pengaturan Swap Mata Wang Malaysia-China Diperbaharui Untul Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan People’s Bank of China telah memperbaharui pengaturan swap mata wang dua hala mereka untuk tempoh lima tahun, berkuat kuasa mulai 2026 hingga 2031.

Malaysia Berpotensi Besar Raih Manfaat Daripada Peralihan Struktur AI Global

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia berada berpotensi besar untuk meraih manfaat daripada peralihan struktur didorong oleh kecerdasan buatan (AI) global, disokong oleh kedudukannya sebagai pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia, pengkhususan yang semakin meningkat dalam pembuatan semikonduktor bernilai lebih tinggi serta tarikan sebagai destinasi infrastruktur digital.

Malaysia Perlu Perkukuh Ekosistem Pembiayaan Bantu Syarikat Tempatan Berkembang -- Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia tidak perlu mewujudkan dana pelaburan baharu sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan antara ekosistem pembiayaan sedia ada bagi membantu syarikat tempatan berkembang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KWAP Labur RM51 Juta Dalam Pembekal Sehenti Dan Pemilik Jenama Nutraseutikal Melalui Dana Pemacu

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM51 juta dalam pembekal sehenti dan pemilik jenama nutraseutikal di Malaysia pada 2025 untuk membangunkan ekosistem pasaran persendirian negara melalui Dana Pemacu.