21hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perbelanjaan modal (capex) huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan pulih pada tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2027, bersama peningkatan pelaburan keselamatan tenaga di seluruh rantau ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) hari ini.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat kepada RM1.94 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 (suku kedua 2026) berbanding RM1.89 bilion dalam suku kedua 2026, disokong oleh prestasi menyeluruh merentasi semua perniagaan.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- OSK Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang meningkat sedikit kepada RM143.41 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 daripada RM142.00 juta pada suku yang sama tahun lalu.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM1.15 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM464.40 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertumbuhan ekonomi enam peratus pada suku kedua tahun ini merupakan satu pencapaian sangat baik yang akan memberi keyakinan kepada pelabur terhadap Malaysia.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 meningkat 2.4 peratus kepada RM2.69 bilion daripada RM2.62 bilion pada suku yang sama tahun lepas.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini, walaupun dolar yang lebih kukuh mengehadkan potensi kenaikan seterusnya, kata seorang penganalisis.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta, syarikat insurans serta hospital diperlukan bagi menangani peningkatan inflasi perubatan dan memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu ditanggung, kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd Giulio Slavich.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 meningkat sebanyak 9.8 peratus kepada RM139.12 juta daripada RM126.68 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (Petronas Dagangan) meningkat kepada RM387.21 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) berbanding RM265.53 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung pada minggu depan selepas mencatat aliran pengukuhan pada minggu ini.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$4,600 setiap auns troy minggu depan.