6hari ago
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 bilion yang meliputi RM1.042 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM280.17 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Worldwide Holdings Bhd (WHB) telah menerima pengiktirafan sebagai Pembangun Sisa Kepada Tenaga (WTE) Terbaik pada BusinessToday Industry Choice Awards 2026, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan WHB untuk mentransformasikan sisa kepada sumber bernilai.
6hari ago
JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Dialog Group Bhd merancang pelaburan tambahan sebanyak RM3 bilion antara tahun 2027 dan 2030 bagi menyokong pembangunan berterusan Terminal Laut Dalam Pengerang (PDT).
7hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Invest Johor mengenal pasti lima sektor utama berpotensi dibangunkan di Nexus Sedenak yang bakal muncul sebagai hab perindustrian dan rantaian bekalan baharu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham mewah yang menjejaskan sentimen pasaran.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Kerajaan mengutamakan pembiayaan projek Program Jalan Luar Bandar (JALB) dengan peruntukan dinaikkan kepada RM3.1 bilion bagi 2026 berbanding peruntukan asal RM2.11 bilion, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan sentiasa memenuhi keutamaan projek yang dicadangkan kerajaan negeri termasuk meningkatkan peruntukan kepada kesemua negeri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Rangkaian farmasi runcit Big Caring Group Bhd (BCG) menyasarkan untuk mengumpul RM637.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Momentum dagangan indeks penunjuk utama Bursa Malaysia kekal meningkat pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah cabaran di peringkat luaran dan domestik.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembiayaan berjumlah RM3.8 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Penstabilan PKS (SME SRF) Bank Negara Malaysia (BNM) telah diluluskan setakat 30 Sept 2026, yang memanfaatkan lebih 6,800 akaun perusahaan kecil dan sederhana (PKS).