Terdapat 1294 berita berdasarkan kata kunci carian " re"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Saham Komoditi, Perladangan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa mengatasi prestasi kebanyakan bursa serantau lain disokong oleh peningkatan dalam saham berkaitan komoditi dan perladangan, kata seorang penganalisis.

Palm Beach Resort, ASB Jalin Kerjasama Perkukuh Sokongan Sektor Minyak Dan Gas Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 18 Ogos (Bernama) -- Palm Beach Resort & Spa Labuan dan Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), sebuah syarikat milik kerajaan Sabah memeterai Memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama strategik dalam memperkukuh sokongan hospitaliti dan logistik untuk industri minyak dan gas (O&G) di Labuan.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Ringgit

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Belanjawan 2027 Dirangka Mengikut 10 Bidang Teras Ekonomi Madani, RMK13 -- MOF

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 dirangka berpandukan 10 bidang tumpuan yang berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI serta keutamaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Pembaharuan Kerajaan MADANI Perkukuh Tatakelola, Tingkat Siling Dan Lantai -- MOF

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan MADANI berjaya mencapai kemajuan dalam pembaharuan tatakelola, daya saing negara dan usaha menaikkan taraf hidup rakyat sejak tiga setengah tahun lepas berpandukan tiga tonggak iaitu Tatakelola Baik dalam Pentadbiran Awam, Peningkatan Siling dan Lantai.

Malaysia Perlu Tingkatkan Nilai Domestik Daripada Perubahan Perdagangan Global

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu meraih lebih banyak nilai domestik daripada perubahan perdagangan global dan perkembangan teknologi, dengan memperkukuh keupayaan tempatan, kerjasama dengan syarikat berdaya saing global serta keupayaan bergerak lebih maju dalam rantaian nilai.

AmBank Group Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi Kepada RM520.23 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih RM520.23 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027), meningkat 0.8 peratus berbanding RM516.18 juta dalam tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2026.

Empat Sekawan Usaha Ladang Cili, Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

KULAI, 18 Ogos (Bernama) -- Meskipun baru dua tahun beroperasi di kawasan seluas 0.61 hektar (1.5 ekar), ladang cili yang diusahakan Tunas Grow Synergy Sdn Bhd membuktikan bahawa saiz tanah dan tempoh perniagaan bukan penghalang untuk mencatatkan hasil pengeluaran yang memberangsangkan.

PKS Dijangka Nikmati Lebih Banyak Insentif Dalam Belanjawan 2027 -- Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka menawarkan lebih banyak insentif  bagi menyokong kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tengah-tengah realiti kenaikan kos, gangguan rantaian bekalan serta ketidaktentuan geopolitik.

Dagangan Barang Kemas Malaysia Cecah RM12.13 Bilion pada Separuh Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Jumlah dagangan barang kemas Malaysia meningkat 10 peratus kepada RM12.13 bilion pada separuh pertama 2026, meneruskan momentum kukuh industri itu yang dicapai pada tahun lepas.

Malaysia Sasar Perdagangan Dua Hala US$10 Bilion Dengan Filipina - Mohamad Hasan

MANILA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan momentum positif dalam hubungan ekonomi dua halanya dengan Filipina, dengan nilai perdagangan dua hala mencecah US$8.22 bilion (RM35.21 bilion) pada 2025.

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR,18 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Selasa.