2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau penurunan harga minyak dunia dan memastikan aliran penurunan itu diterjemahkan kepada harga barangan yang lebih rendah untuk pengguna, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan ladang yang menjejaskan sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan penurunan kadar asas pasaran tunai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya mencatatkan penurunan, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang meningkat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang tempatan terus mendapat sokongan yang baik daripada harga minyak mentah yang rendah.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan yang tinggi minggu depan apabila pelabur terus mengalihkan pelaburan daripada saham teknologi pertumbuhan tinggi kepada saham mewah dan sektor defensif berikutan persekitaran pasaran global yang lebih waspada.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan, terkesan oleh harga minyak mentah lebih rendah dan stok minyak sawit yang banyak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,660-1,690 pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan keadaan bekalan yang mengukuh, kata pakar industri Denis Low.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) mengetengahkan Sandbox Mini Ekonomi Altitud Rendah (LAE) yang pertama seumpamanya sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh keupayaan Malaysia dalam mobiliti udara termaju dan teknologi penerbangan tanpa pemandu.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, disokong peningkatan semula saham perbankan pada minit-minit terakhir yang seterusnya mendorong kenaikan indeks penanda aras kepada paras positif, kata penganalisis.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat yang juga prestasi bagi hari keempat berturut-turut, menjejaki kerugian dialami pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.