1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berganding bahu menganjurkan Sesi Kesedaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk vendor automotif tempatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) 2026 pada 4.9 peratus dengan pertumbuhan tahun ini yang kukuh sebanyak 5.7 peratus menunjukkan potensi peningkatan kepada unjuran semasanya.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) memperluas rangkaiannya di China dengan melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dan Changsha, sekali gus menjadikan jumlah destinasi penerbangan syarikat itu ke China kepada sembilan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia sedang mengatur kedudukannya secara strategik untuk memperkukuh penerajuan dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat tempatan mendaftar bagi menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Ke-22 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penyedia penyelesaian transformasi digital SRKK AI Bhd menjangkakan pengembangannya ke Indonesia akan mula memberi sumbangan penting kepada perolehan kumpulan dalam tempoh tiga tahun susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat telah menjejaskan sentimen pelabur.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS menyusut selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan jualan kenderaan elektrifikasi (xEV) sebanyak 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu menjelang 2030, kemudian naik kepada 50 peratus pada 2040 dan 80 peratus pada 2050.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan harga minyak mentah berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) merancang membangunkan projek pembangunan bercampur dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.60 bilion di kawasan Segitiga Emas, Kuala Lumpur, melibatkan jumlah kos pembangunan (TDC) RM2.72 bilion.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan penurunan emas di COMEX apabila pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) mengatasi daya tarikan logam berharga itu sebagai aset selamat di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang kembali memuncak di Asia Barat.