BERITA TERKINI   Pelan Pembangunan Strategik NCER 2026-2030 dilancar hari ini, tingkatkan KDNK Wilayah Utara kepada paras RM369 bilion; wujudkan 310,000 peluang pekerjaan berkualiti - Akmal Nasrullah | NCER sasar merealisasikan pelaburan kumulatif RM470 bilion menjelang 2030, 70 peratus disumbang oleh sektor utama - Akmal Nasrullah | KPM saran ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran termasuk autisme, ADHD - Fadhlina | SK Bihai dan SK Sri Permai di Gua Musang dinaik taraf, beri murid akses pendidikan hingga Tingkatan Lima - Fadhlina | Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilantik Pengarah Pengurusan PDRM - KPN | 

Terdapat 794 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan Harga Emas COMEX

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki kelemahan harga emas COMEX berikutan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Permintaan Mata Wang Selamat Reda

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila permintaan terhadap dolar sebagai mata wang selamat mereda.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini susulan kelemahan niaga hadapan serantau serta pengukuhan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Kenaikan Saham Kewangan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh pemulihan saham-saham perkhidmatan kewangan yang melonjakkan sentimen pasaran secara menyeluruh dan seiring prestasi positif pasaran serantau.

Sektor Pembuatan Berdaya Tahan, Apex Unjur Pertumbuhan 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Apex Securities mengekalkan unjuran pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia bagi 2026 pada 4.5 peratus tahun ke tahun, tidak berubah daripada ramalan sebelum ini, dengan pertumbuhan pengeluaran dijangka sederhana berikutan penyusutan aktiviti penyimpanan stok serta kesan asas tinggi selepas prestasi kukuh pada separuh kedua 2025.

Pelarasan Terhadap OPR Bergantung Pada Data - Gabenor

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Pada paras semasa 2.75 peratus, Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah kekal sesuai dan selaras dengan pertumbuhan dan trajektori inflasi Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kekal Pada 4.0-5.0 Peratus - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat, dengan pertumbuhan ekonomi berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street yang diterajui oleh saham teknologi walaupun terdapat ketidaktentuan di Asia Barat. 

MBSB IB Semak Naik Unjur KDNK, Jangka OPR Kekal Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia kepada 4.5 peratus, disokong oleh kestabilan pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang terkawal.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Reaksi Terhadap Mandat B50 Indonesia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas para peniaga memberi reaksi terhadap pengumuman rasmi Indonesia mengenai mandat biodiesel B50, yang mencerminkan jangkaan penggunaan minyak sawit domestik yang lebih rendah.

Malaysia Kekal Terbuka Kepada Kerjasama Tenaga Dengan Rusia, Pertahankan Amalan Perdagangan Global

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia akan terus mempelbagaikan sumber bekalan tenaganya dalam rangka kerja perdagangan yang diterima secara global sebagai ekonomi terbuka, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Emas COMEX Yang Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki harga emas COMEX yang lebih kukuh, disokong oleh permintaan logam selamat yang diperbaharui di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.