BERITA TERKINI   SPR bekerjasama dengan MCMC lindungi sistemnya daripada serangan siber - Pengerusi SPR | Sebanyak 273 kesalahan pilihan raya dilaporkan kepada pasukan pemantau SPR setakat semalam - Pengerusi SPR | PRN Melaka: 95 peratus pengundi awal disasarkan keluar mengundi hari ini - Pengerusi SPR | PRN Melaka: 53.25 peratus keluar mengundi awal setakat jam 10.35 pagi ini - Pengerusi SPR | PRN Melaka: 40.93 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 10 pagi - SPR | 

Terdapat 162 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa malaysia"

Unit Theta Edge Peroleh Kontrak Bernilai RM33.01 Juta Untuk Bekal Komputer Peribadi

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Theta Edge Bhd iaitu Theta Technologies Sdn Bhd memperoleh kontrak eksklusif bernilai RM33.01 juta daripada Aceteam Networks Sdn Bhd untuk mendapatkan dan membekalkan sehingga 5,742 unit komputer riba dan komputer meja.

Anak Syarikat ES Sunlogy Raih Kontrak Bernilai RM25.07 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Savelite Engineering Sdn Bhd (Savelite), meraih dua surat anugerah (LoA) daripada Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd untuk kontrak kerja-kerja kecil bernilai RM25.07 juta.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mengatasi prestasi lemah di  Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) meskipun logam berharga itu masih berdepan tekanan jualan teknikal.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian bagi saham-saham wajaran tinggi perbankan terpilih walaupun pasaran secara meluas suram susulan jualan saham teknologi.

IOIPG REIT Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran Utama Sasar Raih RM2.1 Bilion Daripada IPO

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) --  IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) menyasar meraih RM2.1 bilion melalui tawaran awam permulaan (IPO) pada harga 96 sen seunit, menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Bhd pada 25 November.

TERAJU Lulus Pembiayaan RM101.43 Juta Kepada 186 Usahawan Bumiputera Johor

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan sokongan belian baharu meningkatkan indeks petunjuk pasaran kepada zon positif.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.  

Bursa Malaysia Catat Dagangan Tidak Menentu Pada Awal Pembukaan

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu pada awal pembukaan, bergerak antara zon positif dan negatif sebelum meningkat, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap lambakan inventori Malaysia.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin yang menjejaki peningkatan di pasaran tunai.

Dialog Kembangkan Kapasiti Penyimpanan Tanjung Langsat Sebanyak 100,000 Meter Padu

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Dialog Group Bhd sedang menjalankan fasa pengembangan baharu di terminal Tanjung Langsatnya di Johor dengan tambahan kapasiti penyimpanan 100,000 meter padu untuk produk petroleum.