3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kajian Malaysian Steel Institute (MSI) menganggarkan kos berkaitan pelaksanaan Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon Kesatuan Eropah (EU-CBAM) kepada industri besi dan keluli Malaysia boleh mencecah kira-kira RM970.7 juta pada 2026 dan meningkat pada tahun-tahun seterusnya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyahgaraman air laut sebagai antara sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri dengan keperluan air yang tinggi, termasuk pusat data.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport yang direkodkan di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) telah mencecah RM106.7 bilion bagi tempoh Januari sehingga Jun 2026, mencerminkan momentum pertumbuhan yang kekal kukuh.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Syarikat tersenarai Malaysia terus mencapai kemajuan yang mantap dalam prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka, dengan purata wajaran FTSE4Good ESG Score merentas Pasaran Utama termasuk ACE meningkat 8.8 peratus antara Jun 2025 dan Jun 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat yang mampu berkembang daripada perusahaan kepada juara nasional dan seterusnya berstatus sebagai peneraju serantau, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali pulih untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa di tengah-tengah harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
3hari ago
Daripada K. Naveen Prabu
GUANGZHOU, 4 Ogos (Bernama) -- Industri pusat data Malaysia yang berkembang pesat dijangka memperkukuh keupayaan keselamatan siber negara, menurut syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Syarikat pegangan pelaburan Capital A Bhd mencatat pertumbuhan merangkumi beberapa segmen perniagaan utamanya dalam suku kedua 2026, dipacu oleh prestasi lebih kukuh membabitkan perniagaan kejuruteraan, logistik dan platform pelancongan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Vantris Energy Bhd memperoleh kontrak bernilai RM830 juta bagi perkhidmatan pengangkutan, pemasangan dan pelantar penggerudian dibantu kapal sokongan (TADR) di Malaysia.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- GFM Services Bhd menerusi unit tenaganya memperoleh pesanan pelepasan tambahan berjumlah RM83.1 juta bagi pakej kerja penyelenggaraan loji utama di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.
3hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tetapi mengukuh berbanding mata wang utama lain pada Selasa, apabila dolar AS terus disokong oleh data pembuatan negara itu yang lebih kukuh daripada jangkaan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa, dipacu kenaikan sektor perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan apabila pelabur kembali memberi tumpuan kepada sektor defensif serta berorientasikan domestik susulan peningkatan selera risiko global, kata seorang penganalisis.