2hari ago
Oleh Alyaa Natasha Azhar
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat perlu mengintegrasikan alam semula jadi ke dalam model perniagaan mereka dan mengutamakan impak kemasyarakatan jangka panjang berbanding pulangan kewangan jangka pendek untuk mencapai kemakmuran mampan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sebanyak 27 projek pusat data dengan anggaran nilai pelaburan RM225.97 bilion telah diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) sehingga Julai 2026, menurut Kementerian Digital.
2hari ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 14 Okt (Bernama) -- Malaysia memanfaatkan Portal Penipuan Kebangsaan untuk mempercepat pengesanan dan pemulihan dana dalam usaha membanteras penipuan kewangan digital melalui kerjasama bersepadu antara institusi kewangan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan beberapa saranan diketengahkan, termasuk berkaitan peruntukan dana teknologi dan semikonduktor selain usaha memperkukuh disiplin fiskal negara.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Usahawan muda di Selangor perlu melihat melangkaui pasaran domestik dan menjadikan bandar-bandar ASEAN seperti Jakarta, Bangkok, Manila dan Ho Chi Minh City sebagai destinasi semula jadi untuk mengembangkan perniagaan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh JAG Bhd iaitu JAG Capital Equity Sdn Bhd melanggan saham baharu yang mewakili 6.17 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar bagi Metal Bank Ltd.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt 14 (Bernama) -- Gamuda Bhd (Gamuda) menerusi usaha sama dengan MiTAC Information Technology Corp (MiTAC) yang berpangkalan di Taiwan, berjaya memperoleh kontrak bernilai NT$29.22 bilion (kira-kira RM3.72 bilion) bagi mereka bentuk dan membina sistem Transit Aliran Massa (MRT) Keelung serta projek kerja landasan di Taiwan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selangor menarik minat pelaburan berpotensi bernilai lebih RM3 bilion daripada empat pelabur asing menerusi surat hasrat (LOI) yang diselaraskan oleh UOB Malaysia kepada Invest Selangor, mencerminkan minat kukuh pelabur untuk meneroka peluang perniagaan dan pertumbuhan di negeri itu.
2hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Indeks Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk hari keempat berturut-turut apabila ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti pembelian saham ketika harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan, dengan pasaran kekal dalam wilayah positif sepanjang sesi dagangan.
2hari ago
IPOH, 14 Okt (Bernama) -- Perak menyumbang sebanyak RM12.29 bilion atau 0.5 peratus daripada jumlah perdagangan negara dengan peningkatan sebanyak 7.6 peratus sepanjang Jan hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama pada 2025.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menghubungkan 25 syarikat pembuatan dan perkhidmatan Malaysia dengan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB GENCO) dan TNB Renewables Sdn Bhd untuk meneroka peluang dalam rantaian bekalan tenaga boleh baharu (TBB).
2hari ago
KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lepas iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.