Terdapat 449 berita berdasarkan kata kunci carian "meningkat"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Minat Belian Berkurangan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah dalam persekitaran kekurangan minat belian, mencerminkan sentimen berhati-hati yang berterusan, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat, apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meneruskan momentum meningkatnya disokong oleh prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi.

Malaysia, Kagoshima Perkukuh Kerjasama Perdagangan Pertanian, Agromakanan

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Wilayah Kagoshima, Jepun berhasrat memperkukuh kerjasama perdagangan dalam sektor pertanian dan agromakanan termasuk meningkatkan akses pasaran produk kedua-dua pihak.

Unit BCB Ambil Alih Tanah Padang Golf Di Batu Pahat Pada Harga RM36.17 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Anak syarikat milik penuh BCB Bhd (BCB), iaitu Banang Central Development Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Indah Corporation Bhd bagi memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Batu Pahat, Johor pada harga RM36.17 juta. 

Saham-saham AI Dan Teknologi Kekal Kukuh Walaupun Ketidaktentuan Nvidia

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Saham-saham Kecerdasan buatan (AI) dan teknologi di Bursa Malaysia kekal berdaya tahan pada awal dagangan hari ini, mengetepikan kebimbangan mengenai ketidaktentuan kepimpinan di syarikat pembuat cip, Nvidia Amerika Syarikat (AS).

Empat Bank Pusat ASEAN Meterai MoU Mengenai Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Indonesia (BI), Bank of Thailand (BOT) dan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama di bawah Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (LCT).

Boeing Jangka Permintaan Pesawat Asia Tenggara Hampiri 5,000 Unit Menjelang 2045

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Boeing, pengeluar pesawat global mengunjurkan permintaan terhadap pesawat di Asia Tenggara mencecah hampir 5,000 unit menjelang 2045.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas sentimen pasaran terus dijejaskan oleh lonjakan dalam bekalan getah bermusim di Thailand dan permintaan tayar yang lemah di China, menurut seorang peniaga.

Kerajaan Selangor Bentang Belanjawan 2027 Berjumlah RM3.3 Bilion

SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM3.3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Industri Penerbangan Perlu Perkukuh Kapasiti Institusi Serap Ketidaktentuan Global - Hasbi

 KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Industri penerbangan perlu memperkukuh kapasiti institusinya bagi menyerap ketidaktentuan makroekonomi global serta mengharungi ketidakpastian ekonomi luaran, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

MAG Umum Pelan Penggantian Pesawat Badan Lebar Jarak Jauh Bulan Depan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dijangka mengumumkan pelan penggantian pesawat badan lebar untuk penerbangan jarak jauh pada bulan depan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Kapten Nasaruddin A. Bakar.

Penanggung Insurans, Pengendali Takaful Perlu Tingkat Profesionalisme Ejen -- LIAM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) perlu mengukuhkan sistem pengurusan agensi mereka, khususnya dalam pengambilan, latihan, bimbingan dan penyeliaan untuk memastikan ejen menyampaikan perkhidmatan yang konsisten serta berkualiti kepada pelanggan, kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).