4hari ago
Daripada M.Saraswathi dan R.Ratcharathan
NEW DELHI, 14 Sept (Bernama) -- Aksi spontan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantunkan lagu klasik Kishore Kumar, "Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat", mungkin telah menambat hati ramai masyarakat di India dan tular di media sosial negara itu.
4hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini, susulan aktiviti pengambilan untung selepas harga meningkat pada awal sesi, kata seorang penganalisis.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- DSR Taiko Bhd merancang untuk bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) untuk mewujudkan piawaian pengesahan asal usul dan pendigitalan kebolehkesanan eksport bagi durian Musang King yang berasal dari Pahang.
4hari ago
Daripada R.Ratcharathan
KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Penglibatan Malaysia dalam BRICS bukan bertujuan untuk menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memperjuangkan sistem dan peraturan antarabangsa yang lebih adil.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Nuenergy Holdings Bhd akan melabur bagi pembangunan kemudahan sistem solar fotovoltaik (PV) dengan kapasiti 21 megawatt puncak (MWp) melibatkan 49 lokasi bumbung di premis agensi kerajaan.
4hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 14 Sept (Bernama) -- Lawatan kerja dua hari Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Thailand yang berakhir hari ini mengukuhkan lagi kerjasama tenaga dua hala, khususnya menerusi pemeteraian perjanjian baharu bagi pembangunan Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (US COMEX).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung milik 60 peratus GFM Services Bhd, Shapadu CR Asia Sdn Bhd (SCRA), menerima perintah pelepasan (RO) yang disemak semula daripada Pengerang Refining Company Sdn Bhd, dengan nilai anggaran meningkat 56 peratus kepada RM104.2 juta.
4hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan ASEAN ketika ditutup pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS.
4hari ago
JOHOR BAHRU, 14 Sept (Bernama) -- Tanah wakaf bernilai berbilion ringgit yang kurang dimanfaatkan di Malaysia boleh dibangunkan sebagai perumahan mampu milik sekiranya rangka kerja perundangan yang jelas diwujudkan bagi membolehkan pembangunan jangka panjang tanpa memindahkan hak milik tanah itu, menurut pengamal hartanah Datuk Idzham Mohd Hashim.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data memberi limpahan ekonomi yang nyata dan boleh diukur kepada ekonomi lebih luas, termasuk memperkukuh perniagaan tempatan, meningkatkan keupayaan tempatan serta mewujudkan peluang sebenar kepada rakyat.