Terdapat 320 berita berdasarkan kata kunci carian " permintaan"

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Melebihi 5.0 Peratus Pada 2026 - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan kembali mencatatkan pertumbuhan melebihi 5.0 peratus tahun ini, disokong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Maybank Sasar Selesai Ambil Alih Maybank Ageas Holdings Akhir Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan untuk memuktamadkan pengambilalihan baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) menjelang akhir suku ketiga 2026, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Dagangan Sabah 2025 Cecah RM105.5 Bilion, Kekal Lebih RM100 Bilion Untuk Tahun Keempat -- DOSM

KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Jumlah dagangan Sabah berada pada paras RM105.5 bilion pada 2025 kekal di atas paras RM100 bilion untuk tahun keempat berturut-turut di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Pada Akhir Tahun - RHB IB

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Niaga Hadapan Serantau Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan niaga hadapan getah serantau yang lemah dalam keadaan harga minyak mentah menurun mendadak dan jangkaan pengeluaran getah asli global yang tinggi, kata peniaga.

Nippon Paint China Tampil Pertama Kali Di ARCHIDEX 2026, Sasar Pasaran Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kepesatan Asia Tenggara dalam mempercepat aspek penerimagunaan piawaian bangunan hijau, peningkatan asas pembuatan, permintaan terhadap teknologi jimat tenaga dan kecekapan sektor pembinaan dan perindustrian, turut membuka peluang baharu bagi syarikat bahan binaan China mengembangkan operasi di serata rantau itu.

Maker Recipe Labur RM1.7 Juta, Sasar Rempah Cap O Tembusi Pasaran Global

Oleh Rhoma Ahmad Razali

JITRA, 3 Ogos (Bernama) -- Pengeluar rempah tempatan, Maker Recipe Sdn Bhd akan melabur kira-kira RM1.7 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai persediaan untuk jenama rempah tradisional Cap O menembusi pasaran antarabangsa.

F1 Malaysia Jana Peluang Perniagaan Baharu Untuk PKS Runcit, F&B

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna dalam sektor runcit serta makanan dan minuman (F&B), khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dijangka meningkat susulan pertambahan jumlah pengunjung dan permintaan lebih kukuh berikutan penganjuran Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Malaysia.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi oleh kelemahan dalam pasaran tenaga.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan memandangkan peningkatan bekalan diramalkan memberi kesan kepada harga. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas menjejaki kelemahan dalam harga minyak kacang soya.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Disokong Data Global

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh data ekonomi global yang positif, kata seorang peniaga.