2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Syarikat penilaian kredit CTOS Digital Bhd mencadangkan untuk menjual 10 peratus pegangan ekuiti dalam Juris Technologies Sdn Bhd kepada Natsoft (M) Sdn Bhd pada harga RM50 juta secara tunai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd akan membangunkan MS Industrial Park @ Kulai, sebuah pembangunan perindustrian bersepadu di Johor dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.26 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB) memutuskan untuk membentangkan langkah pengurangan modal dan pembayaran semula terpilih (SCR) yang dicadangkan oleh pemegang saham kawalan, Ajinomoto Co, Inc (Ajico).
2bulan ago
KLANG, 21 Julai (Bernama) -- Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) melancarkan aplikasi digital DANA PLUS yang membolehkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro sehingga RM10,000 dipendekkan dari 14 hingga 21 hari kepada hanya 48 jam.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia dinobatkan sebagai Bank Terbaik bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia untuk kategori antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia 2026, sekali gus merekodkan kemenangan bagi tiga tahun berturut-turut.
2bulan ago
KEMAMAN, 21 Julai (Bernama) -- EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) khususnya pembinaan jajaran ke Pelabuhan Kemaman di sini akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha menggalakkan aliran dana dua hala dan memperkukuh pasaran kewangan dalam pesisir Malaysia melalui liberalisasi rangka kerja dasar pertukaran asing (FEP) yang berhati-hati.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pusat data di Malaysia dianggarkan memerlukan pembiayaan lebih US$20 bilion (US$1=RM4.09) bagi pembinaan struktur asas (powered shell) dan penyediaan peralatan sepanjang tiga tahun akan datang, berdasarkan anggaran penambahan kapasiti sekitar dua gigawatt (GW), menurut S&P Global Ratings.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Binance masih belum dilesenkan atau didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menjalankan aktiviti pasaran modal di Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
2bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sisa dijana kapal di Pelabuhan Pulau Pinang.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan hanya akan meluluskan projek pusat data selepas memastikan kapasiti bekalan tenaga dan air mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri tempatan.