7hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat semikonduktor tempatan perlu menterjemahkan peruntukan Belanjawan 2027 dengan lebih banyak terlibat dalam aktiviti bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) ketika Malaysia berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelabur di Malaysia perlu dinilai berdasarkan kualiti pekerjaan yang diwujudkan serta cara mereka melayan pekerja, khususnya wanita, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan kepada perundangan berkaitan bagi membanteras amalan ‘rent-seeking’ dan fenomena Ali Baba untuk dibentangkan di Parlimen pada 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi dan membangunkan kelebihan untuk bersaing di pentas serantau dan global.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat pencahayaan global, Signify sedang mempertingkatkan kehadirannya secara dalam talian dan inisiatif pengedarannya di Malaysia bagi memacu penggunaan penyelesaian pencahayaan terhubung, susulan potensi pertumbuhannya yang ketara dalam segmen pengguna di negara ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, mengekalkan sentimen berhati-hati namun positif, disokong oleh aktiviti belian saham murah yang berterusan serta asas domestik yang berdaya tahan.
8hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan dapat memperkukuh produktiviti serta keupayaan sesebuah syarikat untuk mengembalikan sebahagian hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji.
8hari ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada bawah tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh dua tahun akan datang menerusi penyatuan fiskal, pembaharuan subsidi bersasar dan penglibatan sektor swasta yang lebih kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 13 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan Labuan (LCC) menggesa pemberian pelepasan cukai bersasar dan dasar yang lebih jelas bagi mengatasi cabaran menjalankan perniagaan di pulau itu, berikutan pengumuman Belanjawan 2027, khususnya kepada pengeluar tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- HIS TIZA Pahang Sdn Bhd (HTP) sedang memperoleh 30 peratus kepentingan dalam kumpulan perladangan dari Pahang iaitu Mentiga Corporation Bhd melalui pertimbangan tunai RM21 juta daripada pemegang saham terbesarnya, Amanah Saham Pahang Bhd (ASPA).