BERITA TERKINI   Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan 88 kilometer utara Sandakan pada 10.30 malam - METMalaysia | ACL2: Phnom Penh Crown 2-1 Kuching City | Proklamasi mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak sah kerana tidak patuh kehendak mandatori Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri - AGC | Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan tiada kuasa unilateral tamat atau kosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar - AGC | Pengguna domestik guna elektrik sehingga 800 kWj sebulan diberi pengecualian Pelarasan AFA, Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan - PM Anwar | 

Terdapat 165 berita berdasarkan kata kunci carian " penilaian"

Unit Petra Energy Lupus Dua Kapal Pada Harga RM61.31 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petra Energy Bhd, Petra Marine Sdn Bhd (PMSB) telah memeterai dua memorandum perjanjian (MoA) untuk pelupusan kapal-kapalnya pada harga kira-kira RM61.31 juta.

Kerajaan Perkukuh Pembangunan Statistik Bagi Gubal Dasar Lebih Tepat - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkukuh pembangunan statistik rasmi bagi menyokong penggubalan dasar yang lebih tepat dan berkesan, termasuk melalui penghasilan indikator yang lebih granular, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Kerajaan Pastikan Kelulusan Pusat Data Tidak Jejas Sekuriti Tenaga Negara - Sim

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Setiap permohonan projek pusat data baharu akan melalui proses penilaian yang ketat bagi memastikan bekalan elektrik dan air kepada isi rumah dan industri tempatan tidak terjejas, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

Penguasa Kewangan Singapura Catat Untung Bersih S$20 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025/26

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 28 Julai (Bernama) -- Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatat keuntungan bersih sebanyak S$20.0 bilion (S$1=RM3.16) bagi tahun kewangan 2025/26 yang berakhir 31 Mac, 2026, dipacu oleh keuntungan pelaburan yang kukuh.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedahnya minggu ini.

Korean Air Sasar Perluas Operasi Di Malaysia Selepas Integrasi Bersama Asiana Airlines

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Perancangan integrasi di antara Korean Air dengan Asiana Airlines dijangka memperkukuh ketersambungan rangkaian bagi penumpang Malaysia yang melakukan transit melalui Terminal 2 khusus untuk Korean Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul, Korea Selatan.

Malaysia Perlu Momentum Pembaharuan Baharu Perkukuh Fiskal, Lonjak Produktiviti - OECD

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia memerlukan momentum pembaharuan baharu untuk memperkukuh kemampanan fiskal, melonjakkan produktiviti dan menambah baik pendidikan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang teguh dan berdaya tahan, menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

BNM Tetapkan Penilaian Lebih Menyeluruh Ke Atas Prestasi IKP Mulai Julai 2027

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerbitkan Dokumen Dasar Rangka Kerja Pengukuran Prestasi (PMF) bagi Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2027.

Trend Semakan Kadar Sewa Runcit Dijangka Berterusan Hingga Separuh Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) kekal optimis trend positif semakan kadar sewa runcit akan berterusan sehingga separuh kedua 2026 berikutan rundingan pembaharuan berkaitan yang giat dijalankan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Pantau Tarif Terbaharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara meluas pada Jumaat, disebabkan pelabur menilai kesan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap import daripada 60 negara.

Petros Teruskan Pembangunan Medan Minyak AKW, Bekal Gas Loji Janakuasa CCGT Miri

KUCHING, 24 Julai (Bernama) -- Projek Adong Kechil West (AKW) oleh Petroleum Sarawak Bhd (Petros) yang seterusnya akan menumpukan kepada pembangunan kemudahan pengeluaran dan infrastruktur untuk membekalkan gas ke loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) Miri, yang disasarkan beroperasi menjelang akhir 2027.

RHB IB Mulakan Saranan ‘Beli’ Terhadap Gas Malaysia Atas Prospek MRP, RGT4

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memulakan liputan terhadap Gas Malaysia Bhd (GMB) dengan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) sebanyak RM6.50.