23hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Harga saham AirAsia Group Bhd meningkat dua peratus pada dagangan awal Jumaat meskipun syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih bagi suku kedua 2026 dalam keputusan kewangan syarikat itu yang diumumkan semalam.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama dan ASEAN menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 hari ini, kata ahli ekonomi.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Keyfield International Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 menyusut kepada RM23.09 juta berbanding RM66.36 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Pharmaniaga Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat kepada RM12.49 juta daripada RM3.96 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- AirAsia Group Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia X Bhd, mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM527.16 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026, terutamanya akibat peningkatan kos bahan api dan kerugian dalam pertukaran asing.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua esok, pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat selepas data inflasi AS seiring dengan jangkaan yang menyokong mata wang AS.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Industri koko Malaysia sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan, dengan kenaikan pengisaran koko sebanyak 29 peratus tahun ke tahun kepada 90,849 tan pada suku kedua 2026, walaupun berdepan turun naik bekalan dan harga sejak dua tahun lalu, kata firma pengeluar coklat Barry Callebaut.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Nilai kerja pembinaan yang disiapkan dalam sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, sekali gus mengekalkan momentum pertumbuhannya yang stabil selepas kenaikan 8.5 peratus pada suku pertama 2026.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sektor perkhidmatan berkembang 11.2 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, dengan hasil mencecah RM714.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, menjelang pengumuman data rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dijadual pada 14 Ogos ini, kata seorang ahli ekonomi.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM134.40 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 berakhir 30 Jun 2026, berbanding RM158.58 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.