1bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Peranan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam Lembaga Tabung Haji (TH) dilihat sangat penting dalam mengawal selia jenis pelaburan yang dibuat oleh institusi berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik 80 peratus Malaysia Smelting Corporation Bhd’s (MSC), Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd (RHT) telah diarahkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Perak (JMG Perak) untuk menghentikan sementara operasi perlombongannya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Selasa, disokong oleh minat belian dalam kaunter wajaran tinggi, yang diterajui Maybank walaupun kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali tercetus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd, cabang tenaga boleh baharu Wasco Bhd, melantik Wong Yin Kee sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan lebihan akaun semasa Malaysia bagi 2026 kekal kukuh, dengan mengekalkan jangkaan pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 1.6 peratus pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan dalam sesi dagangan sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan keuntungan bersih lebih kukuh sebanyak RM436 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026), berbanding RM398 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat sebelum menurun tidak lama kemudiannya, dengan aktiviti pengambilan untung dilihat di kaunter produk perindustrian dan pembinaan, walaupun Wall Street semalaman ditutup tinggi.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi oleh kebimbangan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat (AS) mungkin kekal lebih tinggi bagi tempoh yang lebih lama, meskipun data inflasi yang lebih rendah berbanding jangkaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Goh Seow Eng sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin dan Nur Aiman Najwa Dzamae
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada di landasan lebih baik untuk menjana pulangan antara empat hingga lima peratus atau lebih tinggi secara konsisten tanpa mengambil risiko yang berlebihan.