13hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal mendatar pada tengah hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati dalam musim pelaporan prestasi kewangan dengan memantau pencapaian pendapatan, trend kualiti aset dan prospek korporat.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Sektor utiliti, pengangkutan dan logistik, serta penjagaan kesihatan menarik jumlah keseluruhan aliran masuk bersih asing sebanyak RM230.2 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lalu, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan musim pelaporan pendapatan yang menyebabkan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, kata penganalisis.
15hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka berada dalam julat 1,725 hingga 1,750 mata, kata penganalisis.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap cuaca dan program biodiesel B50 Indonesia.
15hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai, kata penganalisis.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikannya bagi sesi kelima berturut-turut, disokong oleh niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade (CBOT).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- FBG Holdings Bhd sedang memohon untuk menamatkan kerjasamanya dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi cadangan projek pembangunan bersama MediCity di Batu Kawan, Pulau Pinang.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Presiden dan Pengarah Urusan (MD) KPJ Healthcare Bhd, Chin Keat Chyuan, 52, telah meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Sept 2026 untuk mengejar kepentingan lain.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) serta usaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk mengekalkan hasil bon jangka panjang pada paras rendah.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak banyak berubah pada Jumaat, apabila pelabur kekal mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah tekanan baharu terhadap hasil bon global dan ketegangan geopolitik, kata seorang penganalisis.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Enam akaun bank yang dimiliki anak syarikat milik penuh Khee San Bhd, iaitu Khee San Food Industries Sdn Bhd (KSFI) dibekukan susulan siasatan yang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).