BERITA TERKINI   Malaysia dan China berada pada kedudukan baik untuk bersama-sama memacu sektor pembuatan, AI, robotik, automasi industri, EV, semikonduktor dan teknologi digital - PM Anwar  | 

Terdapat 679 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Minat Belian Saham Wajaran Tinggi Dorong Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Selama Enam Minggu Dengan Aliran Masuk RM120.3 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM120.3 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal pada Isnin.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data jumlah pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) AS yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Berdepan Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu hadapan di tengah-tengah paras stok yang tinggi di Malaysia dan Indonesia, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Diniagakan Dalam Julat Kecil Dengan Cenderung Sedikit Rendah Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjur kekal diniagakan dalam julat kecil dengan kecenderungan sedikit rendah pada minggu depan, kata pakar industri.

Emas Dijangka Menyaksikan Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan beberapa pengambilan untung awal minggu hadapan menjelang pengeluaran data inflasi utama Amerika Syarikat (AS), kata pakar strategi global Quintex Intel, Stephen Innes.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Positif Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan, disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin pulih.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pengukuhan Minyak Soya

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki harga minyak kacang soya yang lebih kukuh.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk hari kedua berturut-turut berikutan pemulihan harga emas dalam pasaran global.