Terdapat 234 berita berdasarkan kata kunci carian " keuntungan"

Jumlah Pendapatan Pelaburan KWSP Separuh Pertama 2026 Naik 48 Peratus Kepada RM57.50 Bilion 

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Saham Maxis Naik 2.16 Peratus Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR,17 Ogos (Bernama) -- Harga saham Maxis Bhd meningkat 2.16 peratus pada dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersih suku kedua 2026 yang lebih kukuh baru-baru ini.

TH Perlu Fokus Pulangan Pelaburan Mampan, Utamakan Simpanan Bakal Jemaah - Pakar

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) perlu memberi tumpuan kepada pulangan pelaburan yang munasabah dan mampan serta setimpal dengan tahap risiko yang boleh diterima, dan memberi keutamaan melindungi simpanan bakal jemaah, kata pakar ekonomi.

PKNS, Hextar Bangun Perbandaran Bernilai RM3.8 Bilion Di Siera Alam

SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd melalui subsidiari tidak langsung 70 peratus miliknya, Hextar Landmark Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan perbandaran guna campur bersepadu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM3.8 bilion di Siera Alam, Shah Alam.

Hextar Global, PKNS Bekerjasama Bangun Perbandaran Di Siera Alam

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd Dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama untuk membangunkan tanah berkeluasan  97.28 hektar di Siera Alam, Shah Alam menjadi sebuah pembangunan guna campur bersepadu.

Untung Bersih Maxis Naik Kepada RM436 Juta Pada Suku Kedua 2026, Umum Dividen Empat Sen

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan keuntungan bersih lebih kukuh sebanyak RM436 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026), berbanding RM398 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

Keuntungan Bersih Keyfield Susut Kepada RM23.09 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Keyfield International Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 menyusut kepada RM23.09 juta berbanding RM66.36 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pembersihan Portfolio Kukuhkan Keupayaan TH Jana Pulangan Konsisten

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin dan Nur Aiman Najwa Dzamae

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada di landasan lebih baik untuk menjana pulangan antara empat hingga lima peratus atau lebih tinggi secara konsisten tanpa mengambil risiko yang berlebihan.

Keuntungan Suku Kedua Vstecs Meningkat 50 Peratus Kepada RM30.31 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.

MEF Cadang Kerajaan Perkenal Pakej Kelangsungan Perkasa Daya Tahan PMKS

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan memperkukuh bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan mencadangkan pengenalan pakej kelangsungan dan daya tahan bagi PMKS.

Kerajaan Sentiasa Jelaskan Hutang Yang Dibuat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) –- Kerajaan sentiasa memastikan hutang kerajaan dijelaskan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kelulusan Belian Putrajaya Perdana Berlaku Ketika Syarikat Masih Di Bawah Kawalan Jho Low

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Keseluruhan proses kelulusan pembelian 30 peratus kepentingan dalam Putrajaya Perdana Bhd oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2014 berlaku dalam tempoh syarikat itu dikatakan masih berada di bawah kawalan Low Taek Jho atau Jho Low melalui UBG Bhd (Utama Banking Group Bhd).