27hari ago
BATU KAWAN, 15 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang wajar meneroka pewujudan bazar emas dan berpotensi membangunkan kemudahan penyimpanan emas sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan negeri itu hab emas serantau, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Steven Sim Chee Keong.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Malaysia memerlukan antara US$852 bilion hingga US$1.1 trilion (US$1=RM4.07) menjelang 2050 bagi penyesuaian terhadap perubahan iklim, mencerminkan skala pembiayaan yang diperlukan untuk memperkukuh daya tahan negara menghadapi kesan perubahan iklim, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Butterfield FB Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka lima sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO).
28hari ago
Daripada Ratcharathan A/L Rawe Shanggar
KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia dan India memperkukuh sinergi dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi meningkatkan keupayaan masing-masing dan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Farm Price Holdings Bhd akan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE Bursa Malaysia ke Pasaran Utama menjelang 9 Sept 2026.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data memberi limpahan ekonomi yang nyata dan boleh diukur kepada ekonomi lebih luas, termasuk memperkukuh perniagaan tempatan, meningkatkan keupayaan tempatan serta mewujudkan peluang sebenar kepada rakyat.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd berharap Belanjawan 2027 akan memperkenalkan langkah-langkah yang kondusif untuk pelaburan langsung asing (FDI) dan memudah cara lebih banyak aliran masuk modal asing ke Malaysia.
29hari ago
Daripada M. Saraswathi
NEW DELHI, 13 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sistem pembiayaan global yang lebih adil, sambil menegaskan bahawa tiada negara sepatutnya dipaksa memilih antara membayar hutang dan memenuhi tanggungjawab kepada rakyatnya.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang membangunkan rangka kerja berasaskan Syariah baharu, Sukuk Prisma SDG bagi memudah cara penerbitan sukuk bukan ringgit yang menyokong pelaksanaan, daya tahan iklim dan keutamaan pembangunan mampan negara lain.
29hari ago
Oleh Erma Idayu Mohd Yusop
GEORGE TOWN, 13 Sept (Bernama) -- Sebanyak 6,580 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berjaya meningkatkan skala perniagaan masing-masing setakat ini, sekali gus membuktikan intervensi kerajaan memberi impak nyata kepada golongan usahawan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Prinsip kewangan Islam mampu menerajui pelaburan mampan ketika dunia berusaha menggembleng modal yang besar bagi menangani krisis iklim, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.