Terdapat 144 berita berdasarkan kata kunci carian "dewan"

Tiada Keperluan Ubah Unjuran Belanjawan 2027 Setakat Ini - Liew

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Kerajaan Tidak Cadang Tarik Balik Keputusan Syarat Baharu Import EV - MITI

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk menarik balik keputusan mengenai syarat baharu pengimportan kenderaan elektrik (EV) yang siap dipasang di luar negara (CBU) yang diumumkan baru-baru ini, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 bagi memperbadankan Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) (KWAN) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Perluas Pasaran barangan Malaysia Ke Laos, Kemboja, Vietnam – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand membuka laluan lebih luas bagi barangan Malaysia untuk memasuki pasaran Laos, Kemboja dan Vietnam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Lulus 46 Projek RM207.2 Juta, Sokong Hab ECRL Pasir Puteh

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan meluluskan 46 projek pembangunan bagi Parlimen Pasir Puteh, Kelantan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dengan siling peruntukan berjumlah RM207.2 juta, termasuk pembangunan infrastruktur kawasan industri hiliran yang akan menyokong aktiviti berhampiran stesen kargo Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pelaburan Keseluruhan Terengganu Suku Pertama 2026 Berjumlah RM399.8 Juta 

KUALA TERENGGANU, 13 Julai (Bernama) -- Terengganu merekodkan pelaburan keseluruhan bernilai RM399.8 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini.

KWAP Imbang Pendekatan Pelaburan, Perkukuh Pemantauan Syarikat Pemula Niaga -- MOF

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan terus mengimbangi pendekatan pelaburannya termasuk memberi penekanan yang lebih besar kepada pelaburan melalui dana dan pengurus dana yang mempunyai kepakaran sektor, jaringan pasaran serta keupayaan pemantauan khusus.

Hutang Statutori Kerajaan 2026 Diunjur Kekal Bawah 65 Peratus Daripada KNDK

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Paras hutang statutori Kerajaan Persekutuan setelah mengambil kira keperluan pinjaman pada 2026 diunjurkan masih di bawah 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF Nafi Sekatan Menyeluruh Peruntukan KKM Dan KPM Untuk Tahun 2026

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak melaksanakan sekatan menyeluruh terhadap peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2026.

Belanjawan 2027 Tekankan Pertumbuhan Mampan, Kesejahteraan Rakyat - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menekankan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, dalam merangka Belanjawan 2027.

Jumlah Tanggungan 1MDB Kerajaan Berjumlah RM51.4 Bilion - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Jumlah keseluruhan tanggungan kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) termasuk yang telah dilunaskan dan masih belum dijelaskan berjumlah RM51.4 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Kerajaan Perkasakan Dasar, Insentif Bagi Percepat Ekosistem EV - Sim

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkemas dasar dan insentif bagi mempercepat pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) termasuk meluaskan kemudahan pengecasan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.