BERITA TERKINI   Johor lanjut tempoh penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan selama lima hari bermula Isnin ini (12 Okt) - Exco Pendidikan | Bacaan IPU masih terkawal: Sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu beroperasi seperti biasa esok - Fadhlina | Belanjawan 2027 bukan penyelesaian semua masalah tetapi langkah kerajaan mengurangkan beban ditanggung rakyat - PM Anwar | Kerajaan MADANI utamakan semua peringkat dalam merangka Belanjawan 2027, angkat martabat dan kesejahteraan rakyat -- PM Anwar | Belanjawan 2027 waad atau ikrar yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah -- PM Anwar | 

Terdapat 319 berita berdasarkan kata kunci carian "perniagaan"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ditekan Lonjakan Hasil Bon, Harga Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah apabila pasaran diasak tekanan jualan di tengah-tengah lonjakan hasil bon dan harga minyak yang menjejaskan minat risiko.

Belanjawan 2027 Perlu Permudah Peraturan Cukai, Kurangkan Kos Pematuhan -- BDO Malaysia

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Firma audit BDO Malaysia meminta kerajaan menerusi Belanjawan 2027 untuk bertindak mempermudah peraturan cukai dan mengurangkan kos pematuhan bagi meminimumkan kos menjalankan perniagaan di negara ini.

Malaysia Sasar Enam Daripada 10 Ahli KWSP Capai Simpanan Asas RM390,000 Menjelang 2030 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan enam daripada 10 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun menjelang 2030 berdasarkan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA).

 

Jualan MIHAS 2026 Melonjak 12 Peratus Kepada RM6.78 Bilion - MATRADE

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- MIHAS 2026 mencatat prestasi kukuh sepanjang empat hari penganjurannya dari 23 hingga 26 September 2026, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM6.78 bilion, peningkatan RM730 juta atau 12.0 peratus berbanding RM6.05 bilion pada 2025.  

Belanjawan 2027 Perlu Perkasa Rakyat Manfaatkan AI, Pacu Daya Saing Negara -- Perunding

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan inisiatif di bawah Belanjawan 2027 yang dapat mempercepat keupayaan rakyat melakukan penyesuaian dalam memanfaatkan dinamik kecerdasan buatan (AI) berbanding sekadar menerimaguna teknologi itu, kata perunding.

Usahawan Pulau Tioman Kemuka Penambahbaikan Pengangkutan, Infrastruktur Pelancongan Dalam Belanjawan 2027

ROMPIN, 28 Sept (Bernama) -- Usahawan yang beroperasi di Pulau Tioman berharap Belanjawan 2027 dapat memperkukuh ekonomi dan industri pelancongan di pulau berkenaan menerusi penambahbaikan akses pengangkutan dan infrastruktur asas bagi menyokong pertumbuhan industri setempat.

PM Anwar Gesa Lebih Banyak Syarikat Malaysia Perluas Operasi Di Arab Saudi 

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap lebih banyak syarikat Malaysia mengembangkan operasi di Arab Saudi serta meneroka kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

MDSIDA Saran Industri Jualan Langsung Guna Pakai Teknologi Untuk Pacu Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) – Persatuan Pembangunan Industri Jualan Langsung Malaysia (MDSIDA) menyarankan agar pemain industri untuk menerima transformasi teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memacu pertumbuhan sambil mengekalkan piawaian etika dan pematuhan.

Maybank Selesaikan Terbitan Sukuk Mudharabah AT1 RM2.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyelesaikan terbitan sukuk mudharabah tambahan peringkat 1 (AT1) bernilai RM2.5 bilion di bawah program sukuknya.

Willowglen MSC Peroleh Kontrak Bernilai RM108 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Willowglen MSC Bhd, iaitu Willowglen Services Pte Ltd (WSPL) menerima kontrak berjumlah kira-kira RM108 juta bagi kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem elektrikal, keselamatan dan pemantauan. 

Ayer Holdings Cadang Peroleh Dua Lot Tanah Di Kuchai Lama Bernilai RM138 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Ayer Holdings Bhd, Kuchai Urban Development Sdn Bhd, bercadang memperoleh dua lot tanah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur daripada Bukit Cemerlang Sdn Bhd pada harga RM138 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kurang Pemangkin

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin dalam persekitaran aktiviti penjualan berikutan pasaran kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang minat beli pelabur, kata seorang penganalisis.