Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " pajakan"

Untung Bersih KIP REIT Naik Kepada RM145.30 Juta, Catat Pendapatan RM177.10 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) meningkat kepada RM145.30 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) berbanding RM115.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

Pemindahan Saham DNB Dijangka Selesai Akhir Suku Ketiga 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemindahan saham Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka selesai menjelang akhir suku ketiga 2026 atau pada peringkat awal suku keempat 2026, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

TPM Fadillah Sambut Penerbangan Sulung AirBorneo, Buka Lembaran Baharu Penerbangan Sarawak

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menyambut ketibaan penerbangan sulung AirBorneo Airways dari Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini.

Syarikat Penerbangan Di Asia Pasifik Catat Untung Bersih US$12.1 Bilion Pada 2025 - AAPA

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mencatatkan keuntungan bersih gabungan sebanyak US$12.1 bilion (US$1=RM4.07) pada tahun 2025, didorong oleh permintaan penumpang dan kargo yang kukuh, manakala harga bahan api yang lebih rendah membantu mengimbangi tekanan kos yang berpunca daripada gangguan rantaian bekalan yang berterusan.

Kerja-kerja Infrastruktur Di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam Siap Sepenuhnya

KEPALA BATAS, 2 Julai (Bernama) -- Ideal Property Group berjaya menyiapkan semua kerja-kerja infrastruktur di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam seluas 880 ekar (323.7 hektar), dengan pembangunan tersebut mencapai proses penyerahan penuh selepas mercu tanda pintu masuknya siap dibina. 

Sapura Industrial Jual Dua Bidang Tanah Bersebelahan Di Bangi Pada RM42.33 Juta

KUALA LUMPUR, 1 Julai 1 (Bernama) – Sapura Industrial Bhd (SIB) mengemukakan cadangan untuk menjual dua bidang tanah perindustrian yang terletak bersebelahan di Bandar Baru Bangi, Selangor kepada Zeito Plastic Components Sdn Bhd (ZPC) dengan pertimbangan tunai sebanyak RM42.33 juta. 

Aeronas Aerocraft Terima Tempahan 50 Pesawat Ringan Dari Hong Kong Bernilai RM357 Juta

SERDANG, 26 Jun (Bernama) -- Pengeluar pesawat ringan Malaysia, Aeronas Aerocraft Sdn Bhd telah menerima tempahan terkumpul sebanyak 50 unit pesawat ringan bernilai US$85 juta (RM357 juta) daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong, Consortium Wholechoice. 

Axis-REIT Beli Pusat Pengedaran City-link Pada Harga RM128 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pemegang Amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan City-Link Express (M) Sdn Bhd bagi membeli sebuah pusat pengedaran yang digunakan sepenuhnya di Bandar Saujana Putra, Selangor pada harga RM128 juta.

IATA Tetapkan Empat Keutamaan Atasi Kegagalan Rantaian Bekalan Aeroangkasa

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menetapkan empat keutamaan untuk mengatasi kegagalan rantaian bekalan aeroangkasa yang berterusan iaitu meningkatkan kebolehlihatan rantaian bekalan dan membuka akses kepada pasaran selepas jualan.

Sunway Peroleh Tapak Kediaman S$750.57 Juta Di Singapura

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Sunway Bhd menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SMCL Haven 3 Pte Ltd (SMCLH3), memperoleh tapak pembangunan kediaman bernilai S$750.57 juta (RM2.4 bilion) di River Valley Green, Singapura, melalui bidaan bersama CSC Land Group (Singapore) Pte Ltd.