BERITA TERKINI   PM Anwar nafi dakwaan kerajaan sebar minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan | PM Anwar tidak setuju dengan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, serah tindakan lanjut kepada pihak berkuasa | Tiada layanan dua darjat dalam sebarang siasatan berkaitan pihak yang menyentuh isu 3R - PM Anwar | 1,500 warga Myanmar diluluskan dihantar pulang pada 6-7 Dis ini menerusi tiga kapal tentera laut Myanmar - PM Anwar | Lebih 10,400 warga Myanmar dihantar pulang setakat ini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh negara itu - PM Anwar | 

Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian " pekebun kecil"

Kerajaan Perkukuh Industri Hiliran Getah Melalui R&D, Pengkomersialan -- KPK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan komitmennya untuk memperkukuh industri hiliran getah bernilai tinggi menerusi pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan serta pemindahan teknologi bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Industri Sawit Malaysia Bersedia Penuhi Keperluan EUDR - MPOB

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Industri sawit Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR), disokong kerangka kemampanan yang telah lama dibangunkan, pensijilan nasional mandatori serta usaha berterusan memperkukuh kebolehkesanan digital sepanjang rantaian bekalan.

Pekebun Kecil Berdepan Risiko Hasil Sawit Tidak Diterima Kilang Susulan Lebihan Bekalan – Penganalisis

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pekebun kecil persendirian berkemungkinan paling terkesan akibat peningkatan stok minyak sawit dan kelemahan harga komoditi itu di Malaysia, menurut penganalisis.

Pengeluaran Getah Asli Naik 7.3 Peratus Pada September – DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 7.3 peratus kepada 31,657 tan metrik pada September 2026 berbanding 29,510 tan metrik pada Ogos 2026.

Kerjasama Syarikat Perladangan, Pekebun Kecil Sawit Dibangkitkan Di Kabinet Minggu Depan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerjasama antara syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit bagi meningkatkan hasil dan pendapatan kedua-dua pihak akan dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Teliti Pelaksanaan Mandat SAF Satu Peratus Di KLIA Mulai Januari 2027 - Noraini

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.

IOI Corp Yakin Harungi Cabaran Besar Dalam Pematuhan EUDR, Sasar Premium Jualan Ke Eropah

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) --  Pematuhan terhadap Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) dijangka tidak menimbulkan cabaran besar kepada IOI Corporation Bhd memandangkan syarikat itu mempunyai pengalaman luas dalam membekalkan produk minyak sawit yang diperakui. 

Seruan Boikot Produk Minyak Sawit Bukan Penyelesaian Isu Jerebu – MPOB

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Seruan memboikot produk berasaskan minyak sawit berikutan isu jerebu rentas sempadan bukan pendekatan yang tepat atau berkesan untuk menangani pencemaran udara, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

41,334 Pekebun Kecil Sertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Dianggarkan seramai 41,334 pekebun kecil sawit melibatkan kawasan seluas 105,172.67 hektar dikenal pasti menyertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

SST, Kos Logistik Dan Pengangkutan Faktor Utama Perbezaan Harga Belian TBS Sabah, Semenanjung

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengenaan Cukai Jualan Negeri (SST) serta kos logistik dan pengangkutan menjadi dua faktor utama perbezaan harga belian tandan buah segar (TBS) antara Sabah dan Semenanjung, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii. 

KPK Perkukuh Oleokimia Khusus, Produk Kesihatan Sawit Bagi Kurangkan Kebergantungan Eksport MSM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memperkukuh sektor oleokimia khusus serta pembangunan produk nutraseutikal dan farmaseutikal berasaskan sawit untuk mengurangkan kebergantungan kepada eksport minyak sawit mentah (MSM).