BERITA TERKINI   Piala FA: Kuching City FC 4-1 Kelantan City FC | Johor lanjut tempoh penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan selama lima hari bermula Isnin ini (12 Okt) - Exco Pendidikan | Bacaan IPU masih terkawal: Sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu beroperasi seperti biasa esok - Fadhlina | Belanjawan 2027 bukan penyelesaian semua masalah tetapi langkah kerajaan mengurangkan beban ditanggung rakyat - PM Anwar | Kerajaan MADANI utamakan semua peringkat dalam merangka Belanjawan 2027, angkat martabat dan kesejahteraan rakyat -- PM Anwar | 

Ekonomi

BMCC Iktiraf Kejayaan 23 Nama Pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2026

SUBANG JAYA, 1 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan British Malaysia (BMCC) hari ini telah mengiktiraf kejayaan 23 nama pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan (BEA) BMCC ke-7 berikutan prestasi, inovasi dan impak yang mereka sumbang terhadap landskap perniagaan antara United Kingdom (UK) serta Malaysia.

Kelab Bola Sepak Eropah Wajar Pertimbang Pelaburan Dalam Akademi Di Malaysia - Jaap Stam

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Kelab bola sepak utama Eropah wajar mempertimbangkan untuk melabur secara langsung di Malaysia dengan menubuhkan akademi mereka sendiri, kata bekas pertahanan Manchester United dan pemain pasukan kebangsaan Belanda, Jaap Stam.

KWSP Gesa Pembaharuan Dalam Sistem Pencen Untuk Pastikan Pendapatan Persaraan Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sistem pencen di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan; pembaharuan diperlukan bagi memperkukuh liputan, kecukupan, ekuiti dan kelestarian pendapatan persaraan untuk tempoh hayat yang lebih panjang.

Malaysia, Singapura Boleh Bekerjasama Tingkatkan Perdagangan Intra-ASEAN - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesalinghubungan perniagaan dalam ASEAN dan memacu perdagangan intra-ASEAN dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara dalam rantaian bekalan, ekonomi digital serta industri utama.

Apam Balik Jalan Mawai Terus Jadi Buruan Pelanggan Dari Segenap Daerah

KOTA TINGGI, 1 Okt (Bernama) -- Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lepas, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.

Utamakan Keterjaminan Makanan Marin, Pencegahan Pencemaran Dalam Bajet 2027 - Pakar

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia digesa mengiktiraf keterjaminan makanan marin dan pencegahan pencemarannya sebagai isu daya tahan nasional dan keutamaan ekonomi menerusi Belanjawan 2027.

DNB Peroleh Pembiayaan Islam RM5.2 Bilion, Beralih Ke Fasa Seterusnya Dwi Rangkaian 5G

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya memperoleh pembiayaan berjangka Islam bersindiket bernilai RM5.2 bilion, sekali gus menandakan langkah penting dalam peralihan ke fasa seterusnya rangka kerja dwi rangkaian 5G.

Malaysia, Singapura Teroka Usaha Menarik Pelaburan Dalam JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura sedang meneroka kaedah untuk menarik pelabur dari negara ketiga ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sekali gus memperkukuh zon itu sebagai hab pelaburan dan eksport serantau.

Lebih 268,000 Pembayar Cukai Kemukakan 1.99 Bilion e-Invois Setakat 1 Okt

PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Sebanyak 268,005 pembayar cukai telah mengemukakan 1.99 bilion e-Invois setakat hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Tiada Pembayaran IPG Bagi September 2026 - LGM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi September 2026 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan berikutan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) melebihi RM3.00 sekilogram.

GB Bond Jangka Kilang Baharu Tingkatkan Pengeluaran Pelekat Sebanyak 35 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Okt  (Bernama) -- GB Bond Holdings Bhd, pengeluar pelekat dan bahan pengedap industri berasaskan air, menjangkakan kilang baharunya di Pulau Pinang boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk rangkaian pelekatnya sebanyak 30 hingga 35 peratus.

AHB Kekalkan Agihan Pendapatan Lima Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengekalkan agihan pendapatan sebanyak lima sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2026, yang memberi manfaat kepada lebih 82,000 pemegang unit.