BERITA TERKINI   PM Anwar akui ada kelemahan dalam tindakan berkaitan Waze tetapi pemimpin bertanggungjawab laksana tindakan sepatutnya demi rakyat, negara | PRN Melaka satu kesempatan untuk rakyat menilai semula hala tuju negeri - PM Anwar | PRN Melaka bukan medan caci maki, gunakan ruang terangkan pencapaian, kejayaan kerajaan MADANI - PM Anwar | Empat maut termasuk bayi dan kanak-kanak perempuan lima tahun dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 107 Lebuhraya PLUS, berhampiran Pagoh petang tadi - Bomba | PH bertanding 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 - Anwar | 

Ekonomi

Pindaan Kanun Tanah Negara Buka Potensi Tanah Wakaf bernilai Berbilion Ringgit Bagi Projek Perumahan 

JOHOR BAHRU, 14 Sept (Bernama) -- Tanah wakaf bernilai berbilion ringgit yang kurang dimanfaatkan di Malaysia boleh dibangunkan sebagai perumahan mampu milik sekiranya rangka kerja perundangan yang jelas diwujudkan bagi membolehkan pembangunan jangka panjang tanpa memindahkan hak milik tanah itu, menurut pengamal hartanah Datuk Idzham Mohd Hashim.

Pertumbuhan Pusat Data Mesti Beri Manfaat Nyata Kepada Ekonomi Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data memberi limpahan ekonomi yang nyata dan boleh diukur kepada ekonomi lebih luas, termasuk memperkukuh perniagaan tempatan, meningkatkan keupayaan tempatan serta mewujudkan peluang sebenar kepada rakyat. 

MIDA Bina Ekosistem Lebih Luas Di Sekeliling Industri Pusat Data Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept  (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang memperkukuh ekosistem yang lebih luas di sekeliling pembangunan pusat data Malaysia bagi membantu syarikat tempatan membina keupayaan dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang industri.

Sidec Umum 24 Finalis Selangor Triple Accelerator 2026, Acara Kemuncak 14 Oktober

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) hari ini mengumumkan 24 finalis Selangor Triple Accelerator Programme 2026 dengan kalangan syarikat pemula niaga bersaing pada kemuncak hari demonstrasi akhir pada 14 Oktober ini.

Pasukan Petugas Pusat Data Terima Lebih 40 Permohonan Pada 2026 - MITI

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) – Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) telah menerima lebih daripada 40 permohonan untuk menubuhkan atau mengembangkan operasi pusat data di Malaysia tahun ini, mencerminkan minat pelaburan yang berterusan dalam industri infrastruktur digital negara.

MRCA Cadang Dasar E-Dagang Rentas Sempadan Lebih Ketat Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) telah mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan dasar lebih ketat dan menyelaraskan surcaj ke atas urus niaga e-dagang rentas sempadan, termasuk penguatkuasaan cukai jualan lebih tegas terhadap barangan bernilai rendah bagi menjamin hasil negara.

DPMM Kedah Perkukuh Jaringan Perniagaan Serantau

ALOR SETAR, 14 Sept (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah memperluaskan jaringan perniagaan dan meneroka peluang pasaran global baharu menerusi penyertaan dalam sesi Pemadanan Perniagaan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Ke-32 di Medan, Indonesia baru-baru ini.

MOF Laksana Jelajah Belanjawan Dapatkan Input Industri, NGO Dan Rakyat - Amir Hamzah

GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang giat menjalankan Jelajah Belanjawan ke seluruh negara untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Sektor Perladangan, Penjagaan Kesihatan, Produk Pengguna Tarik Aliran Masuk Asing RM263.7 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Sektor perladangan, penjagaan kesihatan serta produk dan perkhidmatan pengguna telah menarik jumlah aliran masuk asing bersih sebanyak RM263.7 juta ke Bursa Malaysia minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Tiada Negara Patut Pilih Antara Bayar Hutang Atau Tunai Tanggungjawab Kepada Rakyat - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

NEW DELHI, 13 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sistem pembiayaan global yang lebih adil, sambil menegaskan bahawa tiada negara sepatutnya dipaksa memilih antara membayar hutang dan memenuhi tanggungjawab kepada rakyatnya.

Nilai Eksport Industri Kayu Cecah RM9.4 Bilion Pada Januari-Jun 2026 -- Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Industri kayu negara terus memberi sumbangan penting kepada eksport negara dengan nilainya mencecah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 manakala purata nilai eksport tahunan melebihi RM20 bilion.

Malaysia Kekal Tegas Dapatkan Semula Aset 1MDB, Ambil Maklum Tuntutan RM4.2 Bilion Terhadap DBS

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan akan terus komited dalam usaha mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi langkah seperti kerjasama dan proses perundangan di beberapa negara, menurut Kementerian Kewangan (MOF).