3jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kemampuan perumahan harus dinilai berdasarkan kos sara hidup yang menyeluruh seperti bayaran sewa atau gadai janji, pengangkutan, utiliti, penyelenggaraan dan akses kepada keperluan harian, kata pasaran hartanah dalam talian.
4jam ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar kebolehramalan pengangkutan awam seharusnya menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027, iaitu dengan memberikan lebih perhatian terhadap usaha mengukuhkan perkhidmatan sedia ada, berbanding memberi tumpuan kepada projek besar yang baharu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Okt dijangka memberi manfaat kepada sektor pembinaan dan bahan binaan, berdasarkan konsensus pasaran semasa yang mengunjurkan peruntukan perbelanjaan pembangunan antara RM85 bilion hingga RM90 bilion, menurut Moomoo.
2hari ago
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga minyak dunia tidak akan mengganggu perancangan pembangunan negara di bawah Belanjawan 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Industri automotif Malaysia merekodkan penurunan tiga peratus dari bulan ke bulan dalam jumlah volum industri (TIV) kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 tetapi momentum jualan dijangka kekal positif untuk separuh kedua tahun ini.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menggesa kerajaan menangani dua keutamaan nasional yang semakin penting, iaitu kecerdasan buatan (AI) dan perkembangan pesat pusat data, selain pemodenan grid serta pendigitalan tenaga dalam Belanjawan 2027.
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Insentif bersasar wajar dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2027 untuk menarik lebih ramai pelabur institusi serantau ke dalam pasaran ekuiti Malaysia, terutamanya saham bermodal sederhana yang kurang dimiliki.
8hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Keutamaan Malaysia dalam Belanjawan 2027 bukan lagi sekadar menjana pertumbuhan ekonomi tetapi memastikan kestabilan pertumbuhan dapat dikekalkan dengan menjadikan pengembangan ekonomi lebih produktif, inklusif dan berdaya tahan sepanjang kitaran ekonomi.
9hari ago
PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berharap menerima peruntukan lebih seimbang dan strategik di bawah Belanjawan 2027 bagi merancakkan pembangunan kawasan kurang maju selain melonjakkan pertumbuhan sektor melangkaui pembuatan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd berharap Belanjawan 2027 akan memperkenalkan langkah-langkah yang kondusif untuk pelaburan langsung asing (FDI) dan memudah cara lebih banyak aliran masuk modal asing ke Malaysia.