BERITA TERKINI   Kumpulan Kerjaya Prospek peroleh kontrak bernilai RM858.0 juta, menandakan satu kemajuan penting pengembangannya ke dalam sektor pusat data | MetMalaysia kesan gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 di Keningau, Sabah pada 9.31 pagi tadi - NRES | Pengeluaran gas asli meningkat 19.1 peratus kepada 763.5 bilion kaki padu pada suku kedua - DOSM | Jawatan Presiden FAM menyaksikan saingan dua penjuru antara Datuk Ab Ghani Hassan dan Datuk Seri Shahril Mokhtar - Jawatankuasa Pemilihan FAM | Operasi SAR tiga lagi remaja dikhuatiri lemas di Kota Tinggi diperluas hingga dua batu nautika dari barat laut Pantai Tanjung Lompat -- APMM | 

Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian " ciri-ciri"

Proton Sasar Jualan 200,000 Unit Pada 2026, Segmen xEV Cecah 17 Peratus

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menjangka jumlah jualan kenderaannya mencecah 200,000 unit pada 2026, akan menjadi prestasi jualan tahunan tertingginya dalam tempoh 15 tahun didorong oleh prestasi yang kukuh pada separuh pertama tahun ini.

Ekosistem Perkapalan, Logistik Perlu Pelaburan Untuk Seiring Dengan Pertumbuhan Kargo - SAM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu menangani kekurangan pelaburan dalam ekosistem perkapalan dan logistiknya berikutan jumlah pengendalian kargo di pintu masuk utama yang meningkat manakala kapasiti dalam industri sokongan berkurangan, kata Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia (SAM) Ooi Lean Hin.

MATRADE Tingkat Sasaran Jualan MIHAS 2026 Kepada RM5 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menaikkan sasaran jualan bagi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) kepada RM5 bilion daripada RM4.5 bilion, berikutan sambutan menggalakkan daripada pembeli antarabangsa.

NexG Sambut Baik Keputusan Kerajaan Tidak Ambil Alih Datasonic Technologies 

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- NexG Bhd dan anak syarikatnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas keputusan tidak mengambil alih DTSB.

Pelabur Asing Kembali Ke Ekuiti Malaysia, Catat Aliran Masuk Bersih RM300.9 Juta Pada Julai

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran ekuiti Malaysia pada Julai, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM300.9 juta, dengan pembelian tertumpu dalam perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan logisitk serta utiliti. 

Kualiti Audit Firma Bertambah Baik, Tenaga Kerja Masih Jadi Cabaran Utama -- Laporan Audit SC

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pemantauan Audit (AOB) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati amalan tingkah laku beretika, perundingan, pematuhan dan cabaran profesional firma audit utama berada pada tahap kukuh, mempamerkan budaya berorientasikan kualiti yang mampan di seluruh firma.

BAC Akan Labur US$150 Juta Bagi Kemudahan Pembuatan Di Nilai

NILAI, 5 Ogos (Bernama) -- Syarikat penyedia penyelesaian penyejukan mampan dan penyingkiran haba BAC memulakan pembinaan kemudahan pembuatan baharunya di Nilai dengan pelaburan yang dirancang berjumlah US$150 juta (US$1 = RM4.09) bagi memperkukuh keupayaan pembuatan, kejuruteraan dan inovasi serantaunya, selain mewujudkan sehingga 200 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2035.

ITMAX Peroleh Kontrak Sistem Lampu Jalan Pintar Bernilai RM120 Juta Daripada DBKL

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- ITMAX System Bhd memperoleh kontrak bernilai RM120 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem lampu jalan pintar di seluruh ibu kota.

BNM Rancang Tubuh Rangka Kerja Tadbir Urus Untuk Pastikan MediAsas Kekal Mampan Dan Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk mewujudkan rangka kerja tadbir urus bagi memastikan MediAsas, produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) asas Malaysia, kekal mampu milik dan mampan dalam jangka panjang dalam persekitaran peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Sektor Kreatif Indonesia Manfaatkan AI, Buka Peluang Kerjasama Dengan Selangor

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BANDUNG, 11 Julai (Bernama) – Sesi lawatan ke industri kreatif menerusi program Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS)@ASEAN, menyerlahkan lagi kepentingan kecerdasan buatan (AI) yang terus menyokong infrastruktur kehidupan seharian, selain membolehkan Selangor dan Indonesia meneroka peluang kerjasama dan penggunaan teknologi itu.

RHB Bank Perkenal Kad Kredit-i RHB Sinar Dengan Kadar Keuntungan 14 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.

Unit Hartanah Kenyalang Raih Kontrak Wisma JKR Sarawak Bernilai RM283.9 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Hartanah Kenyalang Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM283.9 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.