1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Sesi padanan industri inovasi WAIC Connect yang berlangsung awal bulan ini telah menghimpunkan pihak berkepentingan kerajaan dan industri Malaysia dengan syarikat kecerdasan buatan (AI) dari China bagi meneroka potensi kerjasama berdasarkan keperluan perniagaan dan sektor tempatan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pakej Peningkatan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) dilihat sebagai penambahbaikan paling ketara kepada rangka kerja tersebut dengan pengurangan caj keutamaan bagi CRESS dengan bekalan tenaga boleh baharu (TBB) yang boleh disalur mengikut keperluan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Syarikat usaha sama Gamuda Bhd dengan B.M.D Constructions Pty Ltd berjaya memperoleh kontrak reka bentuk dan pembinaan bernilai A$624 juta (kira-kira RM1.8 bilion) bagi kerja-kerja naik taraf dua jalan raya di New South Wales, Australia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd (JTGroup), Jati Tinggi Holding Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM72.84 juta bagi melaksanakan kerja infrastruktur kuasa kritikal untuk pembangunan pusat data di Selangor.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Nuenergy Holdings Bhd akan melabur bagi pembangunan kemudahan sistem solar fotovoltaik (PV) dengan kapasiti 21 megawatt puncak (MWp) melibatkan 49 lokasi bumbung di premis agensi kerajaan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) memperoleh projek pembinaan bernilai RM37.82 juta daripada Persada Mentari Sdn Bhd.
11hari ago
CYBERJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan prestasi pendapatan yang lebih baik bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026 disokong oleh permintaan sarung tangan global yang kekal kukuh serta harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- GB Bond Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM16.08 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Okt 2026.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Vestland Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Vestland Infra Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada Johnson Fluid Engineering Sdn Bhd untuk projek tembok dwifungsi bernilai RM263.73 juta di Kelantan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Globaltec Formation Bhd (GFB) melalui anak syarikat tenaga bersih milik 70 peratusnya, NuEnergy Gas Ltd, mengumumkan kerajaan Indonesia telah meluluskan pembangunan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Tanjung Enim milik NuEnergy sebagai projek strategik nasional Indonesia.