BERITA TERKINI   Pertumbuhan ekonomi digital negara perlu berlandaskan persaingan yang adil, termasuk menangani amalan platform digital yang boleh membebankan PMKS – Anwar | Belanjawan 2027: 38,000 wanita bakal terima manfaat Program Subsidi Ujian Mamogram dengan peruntukan RM9 juta - Nancy | KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada 300 pelajar perempuan mangsa gambar bogel AI - Nancy | Untung bersih Westports Holdings Bhd melonjak 26 peratus kepada RM342.55 juta pada suku ketiga daripada RM271.1 juta sebelum ini | Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Mohd Azhar Mohd Yusoff dipenjara lapan bulan atas 46 pertuduhan rasuah - Mahkamah Sesyen Kuantan | 

Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian "cimb group"

CIMB Pertimbang Nyah Senarai CIMB Niaga Di Indonesia

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd mempergiat usaha untuk menyahsenaraikan anak syarikatnya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk, dan merancang mengadakan perbincangan dengan pihak pengawal selia berhubung langkah itu, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan dalam saham perbankan dan penjagaan kesihatan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam ekuiti utama Asia.

OPR Malaysia Berpotensi Naik 25 Mata Asas Pada 2027 - MBSB Research

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia berpotensi meningkat sebanyak 25 mata asas pada 2027 didorong oleh jangkaan bahawa kadar faedah global terus meningkat, menurut MBSB Research.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari terakhir dagangan minggu ini, terjejas oleh penurunan di kaunter perladangan apabila para pelabur mengambil keuntungan susulan prestasi kukuh sektor tersebut baru-baru ini.

Kualiti Aset Bank Kekal Berdaya Tahan Disokong Penampan Kukuh, Pengurusan Risiko Proaktif

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kualiti aset bank Malaysia kekal berdaya tahan, disokong penampan penyerapan kerugian yang mapan serta pengurusan risiko kredit yang proaktif, meskipun berdepan ketidaktentuan yang meningkat susulan konflik Asia Barat dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang berterusan, kata RAM Ratings.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Setakat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari Jumaat ketika pelabur mengambil keuntungan masing-masing susulan kenaikan sebelum ini dengan tekanan jualan mengasak saham produk perindustrian, perladangan dan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat ketika pelabur mengambil untung selepas kenaikan selama dua hari berturut-turut walaupun pasaran secara meluas kekal disokong sentimen positif serta kenaikan semalaman Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Prestasi Positif Di Wall Street, OPR Stabil

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan prestasi positif di Wall Street selain sentimen turut disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman OPR BNM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong kenaikan saham sektor kewangan, perladangan dan utiliti, ketika pelabur menantikan keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini serta menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti belian saham pada harga rendah susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, menjelang keputusan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong kenaikan beberapa saham perbankan terpilih menjelang keputusan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Catat Penurunan Berikutan Prestasi Lemah Di Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, bagaimanapun mencatatkan penurunan selepas itu, menjejaki prestasi Wall Street lemah semalaman disebabkan harga minyak mentah yang lebih tinggi and hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang meningkat telah membebani sentimen pasaran.