4jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembiayaan berjumlah RM3.8 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Penstabilan PKS (SME SRF) Bank Negara Malaysia (BNM) telah diluluskan setakat 30 Sept 2026, yang memanfaatkan lebih 6,800 akaun perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
4jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung milik penuh Ann Joo Resources Bhd (AJR), IAC Infrastructure Sdn Bhd (IACI) telah memeterai perjanjian subkontrak bernilai RM61.89 juta.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Berjaya Construction Bhd akan melaksanakan kerja-kerja reka bentuk dan binaan membabitkan projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis dengan anggaran kos mencecah RM1.2 bilion termasuk kos pembinaan awal sebanyak RM675 juta.
7jam ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 28 Okt (Bernama) -- Tenaga nuklear boleh menjadi tambahan berdaya maju kepada campuran tenaga Malaysia bagi tempoh jangka panjang, melengkapi tenaga boleh baharu bagi mewujudkan sistem yang rendah karbon, selamat, terjamin dan memelihara alam sekitar.
9jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kilang pembuatan cakera brek karbon Safran Group di Sendayan, Negeri Sembilan menyumbang 27 peratus daripada jumlah pengeluaran globalnya sekali gus mengukuhkan kepentingan operasi Malaysia dalam rangkaian pembuatan global Safran.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelanggan Hong Leong Bank Bhd (HLB) kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR di lebih 120 juta titik penerimaan pembayaran UnionPay dan Weixin Pay di seluruh China menerusi aplikasi HLB Connect, susulan kerjasama strategik dengan UnionPay International (UPI).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersedia mengadakan libat urus semula dengan pemain industri bagi meneliti kemungkinan penambahbaikan struktur caj di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM197.51 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM114.04 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jualan yang lebih tinggi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelan tindakan Invest Borneo harus menumpukan kepada rantaian nilai bersama, menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan merentasi sempadan serta mengutamakan realisasi pelaburan bagi memperkukuh kedudukan pulau itu sebagai hab pelaburan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Matrix Concepts Holdings Bhd, Matrix Concepts (Southern) Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) berasingan untuk memperoleh 57 lot tanah berkeluasan 174.77 hektar di Kulai, Johor, pada harga RM169.31 juta secara tunai.