7jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Usaha mengawal premium insurans perubatan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah peningkatan kos penjagaan kesihatan, memandangkan kos asas bagi rawatan itu sendiri juga perlu ditangani, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour,
1hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dengan berhati-hati, tetapi cenderung untuk meningkat apabila harga pulih daripada penurunan minggu lepas.
1hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun di tengah-tengah lambakan bekalan dan permintaan eksport yang lembap, kata seorang peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- MN Holdings Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, MN Utilities Engineering Sdn Bhd (MNUESB), memeterai kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM1.12 bilion.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- PIE Industrial Bhd (PIE) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pan-International Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (PIEM) memperoleh pesanan pembelian bernilai US$99.82 juta (US$1=RM4.11) bagi pemasangan produk berkaitan pelayan kecerdasan buatan (AI) yang digunakan di pusat data.
2hari ago
GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Celestica Inc iaitu penyedia infrastruktur pusat data global dan penyelesaian teknologi termaju sedang memperluas Pusat Reka Bentuk Penyelesaian Platform Perkakasan (HPS) miliknya di Pulau Pinang.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- YTL Power International Bhd menjelaskan cabang infrastruktur digitalnya, perkhidmatan lokasi bersama Pusat Data YTL di Johor tidak terjejas oleh kawalan perdagangan Amerika Syarikat (AS) terkini ke atas semikonduktor termaju.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Mesyuarat Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Ke-33 yang berlangsung di Shenzhen, China, pada 18 hingga 19 Nov 2026, menyediakan platform kepada Malaysia untuk menonjolkan kepentingan peluang ekonomi yang lebih adil dan kerjasama serantau yang kukuh, menurut ahli akademik.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia bagi tahun 2026 kepada 40 peratus daripada 35 peratus, disokong oleh pertumbuhan kukuh setakat tahun ini (YTD) sebanyak 37.1 peratus.
2hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) – Meskipun persaingan geopolitik di tengah-tengah dinamik ekonomi global yang sentiasa berubah-ubah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menumpukan perhatian beliau untuk meraih manfaat sepenuhnya bagi Malaysia daripada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33 yang baru sahaja berakhir di sini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Manulife Financial Corporation melantik Harshal Shah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Manulife Holdings Bhd dan CEO of Manulife Insurance Bhd berkuat kuasa 20 November 2026.