1jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa, pulih daripada tekanan jualan selama dua minggu susulan petunjuk pasaran mula stabil selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengeluarkan data bagi Oktober.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh permintaan aset selamat walaupun menyaksikan prestasi lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).
5jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau susulan keputusan China dan Amerika Syarikat (AS) melanjutkan gencatan perang dagang antara kedua-dua negara.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan penggiat pasaran menunggu laporan bekalan dan penawaran minyak sawit bagi Oktober yang akan dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 10 November.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan dalam pasaran global.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dalam keadaan lebih perlahan dan lemah dengan harga berkemungkinan terus menunjukkan aliran menurun berikutan lebihan bekalan serta keadaan cuaca bermusim yang lebih baik menjelang musim tengkujuh.
3hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan lebih tinggi minggu hadapan seiring dengan pendasar pasaran tunai, yang mana indeks penanda aras dilihat bergerak dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata.
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, dengan kontrak penanda aras bagi Januari 2027 susut di bawah paras RM4,300 satu tan.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan kenaikan selama tiga hari untuk ditutup lebih rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih rendah di Bursa Komoditi New York (COMEX).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang negatif.
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat menjejaki penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan jangkaan peningkatan pengeluaran getah di Thailand, kata seorang peniaga.