BERITA TERKINI   Piala FA: Star City 1-4 Selangor FC | 

Terdapat 406 berita berdasarkan kata kunci carian " kontrak"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Bagi Sesi Kelima Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikannya bagi sesi kelima berturut-turut, disokong oleh niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade (CBOT).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Kelemahan Dolar AS, Kebimbangan Mengenai Hasil

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) serta usaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk mengekalkan hasil bon jangka panjang pada paras rendah.

Untung Bersih Allianz Malaysia Naik Kepada RM218.65 Juta Suku Kedua Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Allianz Malaysia Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM218.65 juta daripada RM214.04 juta pada suku yang sama tahun lepas.

MMHE Catat Lonjakan Untung Bersih Kepada RM60.59 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) mencatatkan lonjakan untung bersih iaitu sebanyak RM60.59 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 daripada RM10.05 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Jumaat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Bagi Sesi Keempat Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan bagi sesi keempat berturut-turut.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila pelan pembelian balik Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan hasil Perbendaharaan.

NexG Anggarkan Nilai Datasonic Technologies Pada RM7.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh NexG Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), yang bertanggungjawab dalam penyediaan kad pengenalan MyKad, sekarang ini dinilaikan pada RM7.5 bilion berikutan permintaan kerajaan untuk harga indikatifnya.

Unit Bintai Kinden Peroleh Kontrak Projek Pembangunan Di Ayer Keroh Daripada PLUS

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bintai Kinden Corporation Bhd, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd menerima kontrak daripada PLUS Malaysia Bhd bagi projek pembangunan melibatkan dua bidang tanah dengan keluasan kira-kira 41.68 hektar di Ayer Keroh, Melaka.

Keuntungan Bersih Takaful Malaysia Naik Kepada RM88.33 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi sebanyak RM88.83 juta pada suku kedua 2026, meningkat daripada RM83.82 juta pada tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat kepada RM1.16 bilion daripada RM1.01 bilion.

BMI Naik Unjuran Harga Purata MSM 2026 Kepada RM4,453 Berikutan Bekalan Terhad

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menaikkan unjuran harga purata 2026 bagi kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) bulan terdekat yang disenaraikan di Bursa Malaysia kepada RM4,453 satu tan daripada RM4,300 satu tan yang dikekalkan sejak Oktober 2025.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis.