BERITA TERKINI   PRN NS: Semua 38 pusat mengundi awal dibuka serentak 8 pagi ini | Glasgow 2026: Atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat raih emas ketiga Malaysia, ungguli kategori 79kg | 

Terdapat 805 berita berdasarkan kata kunci carian " o"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Pertumbuhan Ekonomi Global Boleh Hampiri Sifar Susulan Halangan Perdagangan - Nurhisham

IPOH, 21 Julai (Bernama) -- Kadar pertumbuhan ekonomi global berisiko menghampiri sifar dalam tempoh 100 tahun akan datang susulan peningkatan halangan perdagangan, persaingan geopolitik yang semakin sengit serta gangguan rantaian bekalan yang mengubah landskap ekonomi dunia, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

DANA PLUS Percepat Kelulusan Pembiayaan Mikro Dari 14 Hingga 21 Hari Kepada 48 Jam

KLANG, 21 Julai (Bernama) -- Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) melancarkan aplikasi digital DANA PLUS yang membolehkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro sehingga RM10,000 dipendekkan dari 14 hingga 21 hari kepada hanya 48 jam.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai.

Vendor OGSE Sarawak Raih Kontrak RM49.31 Bilion Sejak 2014

 KUCHING, 21 Julai (Bernama) -- Vendor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Sarawak memperoleh kontrak bernilai RM49.31 bilion dalam tempoh 2014 hingga Mac tahun ini, sekali gus mencerminkan daya saing syarikat tempatan yang semakin kukuh dalam sektor tenaga.

Kerajaan Perinci Cadangan Perundangan Bendung Amalan Rent-Seeking Atau Ali Baba

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang memperincikan cadangan kerangka perundangan bagi membendung amalan ‘rent-seeking’ atau konsep ‘Ali Baba,’ termasuk menilai keperluan penggubalan undang-undang baharu atau menambah baik peruntukan sedia ada.

ECRL Dijangka Sumbang Sehingga RM90 Bilion Kepada KDNK Menjelang 2047

Oleh Anis Nabilla Md Wazilah

KUANTAN, 21 Julai (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diunjurkan menjana sumbangan nilai tambah terkumpul sebanyak RM80 hingga RM90 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2047.

Pengeluar Pelincir Malaysia Hyrax Oil Lebar Sayap Ke Lima Pasaran Asia Tenggara

BANGKOK, 21 Julai (Bernama) -- Hyrax Oil Sdn Bhd memeterai beberapa perjanjian pada Selasa untuk mengembangkan produk cecair transformer ester Hyrax Estamol keluarannya ke pasaran Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Semakin Ramai Rakyat Malaysia Guna AI Untuk Beli-belah, Namun Masih Ragu Benarkan Pembelian

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pengguna Malaysia semakin meluas bagi membantu urusan membeli-belah, namun tahap keyakinan terhadap teknologi itu untuk melaksanakan transaksi secara automatik masih rendah, menurut tinjauan yang diterbitkan platform teknologi kewangan (fintech), Adyen.

PCEB Jalin Kerjasama Dengan Enam Institusi Bagi Perkasa Bakat Industri Acara Perniagaan

GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) – Biro Konvensyen & Pameran Pulau Pinang (PCEB) hari ini memeterai perkongsian strategik dengan enam institusi pengajian tinggi bagi memperkukuh penyaluran bakat bagi industri acara perniagaan di Malaysia. 

Kerajaan Rangka Formula Lebih Adil Bagi Pengiraan OMV Kenderaan CKD Tempatan

PETALING JAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang membangunkan formula yang lebih adil bagi mengira nilai pasaran terbuka (OMV) atau harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

OCBC Malaysia Dinobat Bank Terbaik PKS Untuk Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia dinobatkan sebagai Bank Terbaik bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia untuk kategori antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia 2026, sekali gus merekodkan kemenangan bagi tiga tahun berturut-turut.