9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan beberapa saranan diketengahkan, termasuk berkaitan peruntukan dana teknologi dan semikonduktor selain usaha memperkukuh disiplin fiskal negara.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh JAG Bhd iaitu JAG Capital Equity Sdn Bhd melanggan saham baharu yang mewakili 6.17 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar bagi Metal Bank Ltd.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selangor Techsphere Summit 2026 (STS 2026) menyasarkan peningkatan pelaburan tahunan sebanyak 30 peratus berbanding 2025, selaras dengan usaha memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab teknologi dan bakat utama di Asia Tenggara.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt 14 (Bernama) -- Gamuda Bhd (Gamuda) menerusi usaha sama dengan MiTAC Information Technology Corp (MiTAC) yang berpangkalan di Taiwan, berjaya memperoleh kontrak bernilai NT$29.22 bilion (kira-kira RM3.72 bilion) bagi mereka bentuk dan membina sistem Transit Aliran Massa (MRT) Keelung serta projek kerja landasan di Taiwan.
9hari ago
IPOH, 14 Okt (Bernama) -- Perak menyumbang sebanyak RM12.29 bilion atau 0.5 peratus daripada jumlah perdagangan negara dengan peningkatan sebanyak 7.6 peratus sepanjang Jan hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama pada 2025.
9hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, menjejaki penurunan niaga hadapan getah serantau apabila jangkaan peningkatan bekalan bahan mentah dari Thailand susulan musim kemuncak pengeluaran negara itu menjejaskan sentimen.
9hari ago
KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lepas iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran memperluas skop potongan cukai bagi menggalakkan penawaran produk insurans penjagaan jangka panjang, sekali gus membantu meringankan beban keluarga yang menjaga warga emas.
9hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan nilai pelaburan kalangan pelabur modal teroka mencecah sekitar RM700 juta selain pertambahan kira-kira 2,000 hingga 3,500 syarikat pemula aktif menjelang 2030 menerusi pelaksanaan inisiatif KL20.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat semikonduktor tempatan perlu menterjemahkan peruntukan Belanjawan 2027 dengan lebih banyak terlibat dalam aktiviti bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) ketika Malaysia berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Battersea Power Station Development Company memperoleh kemudahan pembiayaan semula bernilai £280 juta (£1=RM5.41) bagi menyokong pembangunan berterusan baki 6.47 hektar daripada kawasan kejiranan tebing sungai seluas 17 hektar itu.