18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM352.4 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.
20hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka akan terus didagangkan dalam jajaran kecil pada minggu hadapan. Bagaimanapun, keadaan pasaran yang terlebih jual berpotensi membuka ruang kepada berlakunya lantunan teknikal, menurut penganalisis
20hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjurkan susut minggu depan berikutan jangkaan peningkatan inventori minyak sawit domestik serta harga minyak mentah yang lebih rendah, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.
20hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Indeks penunjuk utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,620-1,650 minggu depan yang menyaksikan usaha pengumpulan saham-saham mewah yang berkualiti susulan penurunan itu, kata penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan antara US$4,100 dan US$4,300 setiap auns troy minggu depan, dengan logam berharga itu dijangka kekal sensitif terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta jangkaan mengenai hala tuju dasar monetari.
20hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai peningkatan inventori domestik yang terus menjejaskan sentimen pasaran.
20hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan kenaikan harga jongkong emas global serta sentimen berhati-hati yang berterusan menjelang pengumuman laporan gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) malam ini.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Jumaat yang menjejaki prestasi asas pasaran tunai.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat selepas mengalami pemulihan kecil pada akhir dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini, kata penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.
21hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.