Terdapat 357 berita berdasarkan kata kunci carian " global"

Syarikat AgiBot Dari China Beri Komitmen Potensi Pelaburan RM1 Bln - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 23 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan beberapa pertemuan bersama pengurusan kanan dari lima gergasi industri China, dengan AgiBot Innovation telah menyatakan komitmen potensi pelaburan bernilai RM1 bilion menjelang tahun 2035 dengan pewujudan 5,000 peluang pekerjaan.

ADB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Bagi 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan 2027 masing-masing kepada 4.9 peratus dan 4.7 peratus.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pengukuhan dolar US terus menjejaskan logam berharga itu. 

Penyertaan Sulung Libya Dalam MIHAS 2026 Bakal Rancakkan Dagangan Dua Hala Dengan Malaysia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Penyertaan sulung Libya dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 bertujuan meningkatkan perdagangan dua hala di antara Libya dengan Malaysia, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Am Pameran dan Persidangan Libya Essam Al-Aoul.

Bursa Malaysia Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Terhadap Saham Petrokimia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung dalam kelompok saham wajaran tinggi terpilih serta sentimen kurang memberangsangkan terhadap saham petrokimia berikutan harga minyak yang terus menyusut, kata penganalisis.

Belanjawan 2027: Pembinaan, AI, Infrastruktur Antara Sektor Dijangka Raih Manfaat - Moomoo

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Okt dijangka memberi manfaat kepada sektor pembinaan dan bahan binaan, berdasarkan konsensus pasaran semasa yang mengunjurkan peruntukan perbelanjaan pembangunan antara RM85 bilion hingga RM90 bilion, menurut Moomoo.

Malaysia Airlines Lanjut Kontrak FHS Airbus Untuk Pesawat A330ceo

SINGAPURA, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines memeterai perjanjian untuk melanjutkan program Perkhidmatan Jam Penerbangan (FHS) Airbus yang menerajui industri bagi pesawat A330ceo milik syarikat itu sempena acara MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) Asia-Pasifik di sini.

Afrika Muncul Sebagai Pasaran Pertumbuhan Penting Bagi Perdagangan Halal

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Afrika muncul sebagai pasaran pertumbuhan penting bagi industri halal global sekali gus menawarkan peluang yang meluas kepada pengeksport Malaysia dalam pelbagai kategori produk pengguna.

Bursa Malaysia Mengukuh Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kembali meningkat untuk menamatkan sesi pagi dengan sedikit tinggi, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih, diterajui saham telekomunikasi dan utiliti.

Malaysia Jadikan TVET Sebagai Teras Dasar Perindustrian Bagi Transformasi Ekonomi

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) sebagai teras dasar perindustriannya, menjadikannya sebagai instrumen utama transformasi ekonomi untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan pendapatan yang baik.

Anwar Bertemu Pemimpin Industri, Sampaikan Ucaptama Dan Menuju Ke Hangzhou

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 23 Sept  (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sesi perbincangan meja bulat bersama pemimpin industri dan menyampaikan ucaptama pada Persidangan WorldSkills 2026 di sini hari ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dolar US mengukuh sehingga menjejaskan logam berharga itu.