1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila permintaan terhadap dolar sebagai mata wang selamat mereda.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh pemulihan saham-saham perkhidmatan kewangan yang melonjakkan sentimen pasaran secara menyeluruh dan seiring prestasi positif pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Apex Securities mengekalkan unjuran pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia bagi 2026 pada 4.5 peratus tahun ke tahun, tidak berubah daripada ramalan sebelum ini, dengan pertumbuhan pengeluaran dijangka sederhana berikutan penyusutan aktiviti penyimpanan stok serta kesan asas tinggi selepas prestasi kukuh pada separuh kedua 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Pada paras semasa 2.75 peratus, Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah kekal sesuai dan selaras dengan pertumbuhan dan trajektori inflasi Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street yang diterajui oleh saham teknologi walaupun terdapat ketidaktentuan di Asia Barat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia kepada 4.5 peratus, disokong oleh kestabilan pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang terkawal.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila ketegangan geopolitik baharu di Asia Barat menjejaskan sentimen pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) 2026 pada 4.9 peratus dengan pertumbuhan tahun ini yang kukuh sebanyak 5.7 peratus menunjukkan potensi peningkatan kepada unjuran semasanya.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan harga minyak mentah berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu walaupun pasaran serantau mencatatkan prestasi bercampur-campur.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan mengenai gangguan bekalan sementara di Thailand dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US.