15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Nisbah hutang statutori kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas pada kadar 63.9 peratus, masih berada di bawah had hutang statutori iaitu 65 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Implikasi daripada konflik di Asia Barat yang mengganggu bekalan komoditi global dan laluan perdagangan strategik ke atas kestabilan kewangan Malaysia masih terkawal, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mencatatkan jumlah sebanyak RM397.85 bilion setakat 31 Disember, 2025, tidak melebihi siling peruntukan diluluskan sebanyak RM415 billion.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyifatkan kedudukan kewangan isi rumah secara amnya kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran tenaga kerja Malaysia yang stabil.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka meneruskan langkah bersasar dalam pembiayaan, insentif, pembangunan ekosistem dan bakat bagi memperkukuh sektor teknologi, menurut Apex Securities Bhd.
15hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 5 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2026 daripada 4.9 peratus sebelumnya, dan kepada 4.8 peratus pada 2027 daripada 4.7 peratus, didorong oleh eksport dan pelaburan kukuh dalam kecerdasan buatan (AI).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sistem e-Jamin, sebuah perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), telah beroperasi selama lima tahun sejak 2020 tanpa kontrak rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada 2025 bertambah baik dengan penurunan defisit sebanyak RM3.878 bilion, menjadikan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 3.7 peratus berbanding 4.1 peratus pada 2024.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mendapati beberapa perjawatan di Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Jakarta, Indonesia dan Beijing, China masih belum diisi mengikut waran perjawatan diluluskan, selain kelemahan dalam pelaksanaan pemeriksaan mengejut di KBM Beijing.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan merekodkan kadar bayaran balik tunggakan pinjaman yang rendah pada 2025, dengan hanya RM465.0 juta atau lima peratus daripada RM9.27 bilion tunggakan tahun sebelumnya berjaya diperoleh.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menerima dividen pelaburan berjumlah RM39.547 bilion pada 2025, meningkat sebanyak RM535 juta atau 1.4 peratus berbanding RM39.012 bilion pada 2024.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) menunjukkan hasil positif dalam pelaburan baharu dan sedia ada susulan proses transformasi dan pengukuhan tadbir urus yang dilaksanakan institusi itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.