Terdapat 477 berita berdasarkan kata kunci carian "tm"

Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Pada Akhir Tahun - RHB IB

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Maybank Bakal Miliki Sepenuhnya Maybank Ageas Holdings Dalam Urus Niaga Bernilai RM4.83 Bilion

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai Perjanjian Pelaksanaan (IA) dengan Ageas Insurance International NV (Ageas) untuk membeli baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (Maybank Ageas) pada harga RM4.83 bilion.

Perodua Turunkan Harga Axia, Kongsi Manfaat Penjimatan Operasi Dengan Pelanggan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia iaitu kenderaan kompak mampu milik dan menjadi pilihan mobiliti utama di negara ini, sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta.

MBSB Bank-Huawei Technologies Bekerjasama Sediakan Pembiayaan RM400 Juta Sokong Infrastruktur 5G

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- MBSB Bank Bhd memeterai perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi menyokong pelaksanaan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G U Mobile menerusi penyediaan peralatan dan perkhidmatan.

Pelabur Asing Kembali Catat Belian Bersih Dengan Aliran Masuk Bersih RM11.1 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih selepas mencatatkan jualan bersih pada minggu sebelumnya, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM11.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Pelabuhan Tawau Peroleh Dua Kren Dermaga Baharu Bernilai RM70 Juta - Hajiji

TAWAU, 2 Ogos (Bernama) -- Pelabuhan Tawau memperoleh dua kren dermaga (quay crane) baharu bernilai RM70 juta bagi mempertingkat kapasiti pengendalian kargo serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk maritim utama di Pantai Timur Sabah.

Kementerian Ekonomi Teliti Kemungkinan Projek Rintis Agenda Menua Tahun Depan

JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang mengenal pasti kemungkinan pelaksanaan projek rintis yang spesifik dalam mendepani cabaran peralihan struktur demografi menua untuk diketengahkan pada tahun hadapan.

Patuhi Syor RCI: TH Agih Keuntungan Berdasarkan Keputusan Kewangan Diaudit

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) hanya diumumkan berdasarkan keputusan kewangan yang telah diaudit, sekali gus memperkukuh integriti proses pelaporan kewangan dan meningkatkan keyakinan pendeposit terhadap institusi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas menjejaki kelemahan dalam harga minyak kacang soya.

Unit WCT Holdings Peroleh Baki 30 Peratus Pegangan Dalam Jelas Puri Pada RM140 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, iaitu WCT Land Sdn Bhd (WCTL) mengambil alih baki 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Jelas Puri Sdn Bhd (Jelas Puri) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga RM140 juta. 

Unit Genting Plantations Raih RM200 Juta Melalui Terbitan Pertama Sukuk Murabahah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Genting Plantations Bhd, Bina Restu Bhd, melengkapkan terbitan pertama Sukuk Murabahah bernilai RM200 juta di bawah Program Sukuk Murabahah berjumlah RM2 bilion untuk membiayai aktiviti pembangunan hartanah kumpulan itu.

PMKS Tumbuh 5.7 Peratus Kepada RM690 Bilion Pada 2025, Atasi Pertumbuhan Negara

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor itu berkembang 5.7 peratus kepada hampir RM690 bilion pada 2025.