Terdapat 26 berita berdasarkan kata kunci carian " bumiputera"

Pernas Perkenal Bizfrancais Di PIHEX 2026, Buka Peluang Usahawan Teroka Francais Halal

GEORGE TOWN, 22 Julai (Bernama) – Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) akan memperkenalkan BizFrancais buat julung kalinya di Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2026, sebagai platform strategik untuk memperluaskan peluang perniagaan francais halal dan patuh syariah kepada usahawan tempatan. 

TERAJU Perlu Jadi Pemudah Cara Pertumbuhan, Bukan Hanya Sedia Pembiayaan - Akmal Nasrullah

CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) perlu menjadi pemudah cara pertumbuhan yang menghubungkan syarikat Bumiputera kepada peluang sebenar dan bukan hanya sebagai penyedia program atau pembiayaan.

KDNK Suku Kedua Berkembang 5.8 Peratus, Bukti Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh - Akmal Nasrullah

CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Anggaran Awal KDNK suku kedua 2026 hari ini menunjukkan pertumbuhan 5.8 peratus.

ASSAR Umum Dividen 6.5 Sen Seunit

KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.

IPO Enest Terlebih Langgan 1.94 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Enest Group Bhd telah terlebih langgan sebanyak 1.94 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

PM Anwar Rasmi SParK 2026, PUNB Sasar Pembiayaan RM2.25 Bilion Bagi 2026–2030

PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan SParK 2026: Transformasi Niaga, platform utama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dengan agensi itu menyasarkan kelulusan pembiayaan sehingga RM2.25 bilion bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk memperkukuh pembangunan usahawan bumiputera.

ASNB Isytihar Agihan Pendapatan 5.5 Sen Seunit Bagi ASB 3 Didik

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik), bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.

TNG Digital Lancar Pembiayaan ASB Dalam TNG eWallet Dengan Kerjasama CIMB

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd, pengendali TNG eWallet, melancarkan tawaran pembiayaan Islam pertamanya, Pembiayaan ASB, dengan kerjasama CIMB.

TERAJU Lulus Hampir RM134 Juta Pembiayaan Kepada 143 Syarikat Bumiputera Wilayah Utara

BUTTERWORTH, 23 Jun (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan hampir RM134 juta pembiayaan kepada 143 syarikat bumiputera di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi tempoh 1 Dis, 2024 hingga 31 Mei lepas.

CEO Yayasan Peneraju Letak Jawatan Berkuat Kuasa 1 Julai

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Yayasan Peneraju (YP), agensi di bawah Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Ibrahim Sani akan berundur daripada jawatannya berkuat kuasa pada 1 Julai 2026. 

IPO Liftech Terlebih Langgan Sebanyak 18.92 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Saham tawaran awam awal (IPO) LifTech Group Bhd yang tersedia untuk rakyat negara ini mencatat keadaan terlebih langgan sebanyak 18.92 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 30 Jun, 2026.

PNB Tumpu Capai Pertumbuhan Kukuh Di Tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus mengekalkan momentum prestasi kukuh yang dicatatkan pada 2025 sambil kekal berwaspada terhadap persekitaran luaran yang semakin mencabar dan kompleks.