Terdapat 269 berita berdasarkan kata kunci carian " presiden"

Malaysia Kekal Terbuka Kepada Pelaburan China Dalam Teknologi - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia akan terus terbuka kepada pelaburan serta kerjasama China dalam bidang teknologi digital yang mampu membawa pelbagai manfaat bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.

Anwar, Li Qiang Bincang Perkukuh Hubungan Strategik Malaysia-China

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang untuk memperkukuh lagi hubungan strategik dan kerjasama antara Malaysia dengan China.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dua Hala Dengan Li Qiang, Sampaikan Ucaptama Pada GDTE Kelima

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari ke China pada Khamis dengan perbincangan diplomatik peringkat tinggi di Hangzhou dan menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima.

Unit Airbus, Cebu Pacific Meterai Perjanjian 12 Tahun Bagi Selenggara, Pemeriksaan EOL A320

SINGAPURA, 23 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Airbus, Sepang Aircraft Engineering (SAE) memeterai kontrak dengan Cebu Pacific dari Filipina bagi kerja-kerja penyelenggaraan pesawat dan pemeriksaan tamat tempoh pajakan (EOL) untuk tujuh pesawat A320 selama 12 tahun. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pengukuhan dolar US terus menjejaskan logam berharga itu. 

Pasaran Getah Terus Meningkat Untuk Sesi Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut untuk ditutup tinggi pada Rabu, disokong oleh harga niaga hadapan getah serantau yang lebih kukuh, keyakinan terhadap rundingan Amerika Syarikat (AS)-China dan AS-Iran serta bekalan yang lebih terhad akibat cuaca buruk, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Terhadap Saham Petrokimia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung dalam kelompok saham wajaran tinggi terpilih serta sentimen kurang memberangsangkan terhadap saham petrokimia berikutan harga minyak yang terus menyusut, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Mengukuh Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kembali meningkat untuk menamatkan sesi pagi dengan sedikit tinggi, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih, diterajui saham telekomunikasi dan utiliti.

Sektor OGSE Dijangka Tingkatkan Prestasi, Hasil Dalam Tempoh Tiga Tahun - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) meningkatkan prestasi serta pendapatan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang menerusi pengembangan ke pasaran luar negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Ambil Untung Susulan Rundingan AS-Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong penyusutan harga minyak mentah Brent serta perkembangan berkaitan geopolitik.