BERITA TERKINI   Jensen Huang letak jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif, dan ahli lembaga pengarah NVIDIA berkuat kuasa serta-merta -- laporan | PM Anwar mahu runding semula peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan | 

Terdapat 551 berita berdasarkan kata kunci carian "as"

Pembaharuan Fiskal Perkukuh Kedudukan Kewangan Negara, Nisbah Hutang Menurun – KSP

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan MADANI komited mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat daripada 5.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022 kepada 3.3 peratus pada 2027.

Hartalega Holdings Catat Untung Bersih Suku Kedua Lebih Tinggi Kepada RM32.80 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Nov  (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatatkan untung bersih lebih tinggi kepada RM32.80 juta pada suku kedua berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM18.29 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, didorong oleh keuntungan operasi yang lebih tinggi.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Peningkatan Bekalan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis susulan peningkatan bekalan getah bermusim di Thailand serta permintaan tayar yang berkurangan di China telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang peniaga.

Malaysia Catat Pelaburan MRO Diluluskan Berjumlah RM4.16 Bilion Setakat Jun 2026 - MIDA

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pelaburan diluluskan dalam 55 projek penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Malaysia berjumlah RM4.16 bilion setakat Jun, 2026, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Kerajaan Akan Perketat Syarat Pelaporan Untuk Insiden Pusat Data - Gobind

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan berhasrat untuk memperkukuh syarat pelaporan dan pemberitahuan ke atas pengendali pusat data bagi memastikan sebarang gangguan yang menjejaskan infrastruktur digital dapat dimaklumkan segera kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Malaysia-China Perlu Perluas Kerjasama Melangkaui Perdagangan, Pelaburan Tradisional – PM Anwar

SERI KEMBANGAN, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia dan China perlu memperluas kerjasama ekonomi melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional dengan memberikan penekanan lebih besar kepada inovasi, kerjasama industri serta pembangunan bakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Sedia Teruskan Perbincangan Perdagangan, Pelaburan Dengan Taiwan - Johari

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia meneruskan perbincangan mengenai perdagangan dan pelaburan dengan Taiwan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

PROTUNe 2026 Catat Jualan RM3.12 Juta, Berjaya Cungkil Bakat Keusahawanan Pelajar

SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) -- Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya mencatatkan pendapatan keseluruhan sebanyak RM3.12 juta tahun ini, melebihi sasaran jualan RM2 juta seperti yang ditetapkan.

Keperluan Lapor Maklumat Operasi Pusat Data Akan Dimasukkan Dalam Undang-Undang - Johari

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Keperluan mengemukakan maklumat operasi pusat data, termasuk penggunaan elektrik dan jumlah cip unit pemprosesan grafik (GPU) yang dibawa masuk, akan dimasukkan dalam undang-undang bagi membolehkan kerajaan memantau operasi pusat data, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Eppendorf Bina Kemudahan Pertama Di Asia Tenggara Bagi Perkasa Kehadiran Serantau

BATU KAWAN, 12 Nov (Bernama) -- Syarikat peneraju dalam bidang sains hayat dari Jerman, Eppendorf SE (Eppendorf) mengukuhkan kehadirannya di Asia Pasifik dengan membina kemudahan pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara iaitu di Pulau Pinang, bertujuan mendekatkan lagi aktiviti tersebut kepada pelanggan di rantau itu. 

Pelan Hala Tuju CCUS Akan Dilancar Hujung Bulan Ini - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan dijangka melancarkan Pelan Hala Tuju Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) pada hujung bulan ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, bertentangan dengan trend positif di kebanyakan pasaran serantau.